Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Iftor Mahabbah: Wasilah Mengeratkan Ukhuwah.

20 Mac , KAHERAH – Unit Biah Solehah di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Unit Islamic Home di bawah Lajnah Penempatan dan Perumahan telah menganjurkan Iftor Mahabbah iaitu rumah luar berkunjung ke asrama Selangor dan berbuka puasa bersama ahli asrama. Antara tetamu yang hadir adalah daripada KORUS,pelajar perubatan dari Abbasiah,ahli dari ARMA,para mutazawwijin, dan beberapa ahli daripada muhafazah.Tidak dilupakan juga tetamu khas iaitu isteri-isteri pegawai dan eksekutif pejabat serta HEWI angkat  PMRAM Cawangan Selangor.  Aktiviti ini bermula dengan berbuka puasa iaitu ahli menjamah makanan ringan sebelum solat maghrib berjemaah di Musolla Asrama Haiyu ‘Asyir. Seusai solat maghrib,ahli dihidangkan pengisian rohani berbentuk tazkirah khas daripada pimpinan BKASM iaitu Ustazah Nurul Farah Huda Jamani,Timbalan Lajnah Penempatan dan Perumahan. Antara isi tazkirah beliau adalah berkaitan pentingnya kesatuan dalam jemaah dan berkaitan syura sempena muktam...

Kelas Multimedia: Memupuk Kemahiran Ahli

KELAS MULTIMEDIA: MEMUPUK KEMAHIRAN AHLI 19 MAC 2014, RABU – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014  di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP) telah mengadakan Kelas Multimedia untuk semua AJKT dan AJK Promosi setiap Lajnah.   Antara objektif Kelas Multimedia ini diadakan adalah untuk memudahkan semua AJKT ataupun AJK setiap lajnah untuk membuat sebarang iklan atau maklumat yang menggunakan Adobe Photoshop disamping menambah kemahiran tentang ilmu multimedia dalam diri masing-masing.             Kelas multimedia ini dilaksanakan di Sutuh Selangor Darul Ehsan tetapi berasingan tempat antara ikhwah dan akhawat.             Kelas multimedia ikhwah bermula pada jam 7.30 malam. Pengisi ikhwah yang dijemput khas ialah Ustaz Wan Mohd Zaim bin Wan Sapiansori. Kehadiran ikhwah yang hadir adalah seramai 11 orang. Kelas berakhir pada jam 10...

YAUM AL-THAQAFI : MEMBACA PANDUAN KEHIDUPAN.

15 Mac 2014 , Kaherah – Unit Thaqafah bawah jabatan Yang Di-Pertua BKASM telah menganjurkan satu program sulungnya yang bertempat di musolla Darul Ehsan pada jam 6.30 malam. Program yang dinamakan Yaum Al-Thaqafi ini adalah program yang bertujuan menambah thaqafah ahli melalui ilmu-ilmu kontemporari dan sekitar isu semasa yang berkaitan. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya menjemput ustaz Muhammad  Nadzir Jamaluddin selaku  ketua Unit Thaqafah bagi memberi penerangan dan memperkenalkan Unit Thaqafah  bawah jabatan YDP memandangkan unit ini baru ditubuhkan pada sesi kali ini. Majlis seterusnya menjemput ustaz Fikry Hakim B. Fadzilullah,YDP BKASM sesi 2014 selaku pembentang kitab dan memberi seluas-luasnya ruang kepada beliau  bagi membentangkan kitab yang bertajuk ‘Membaca Panduan Hidup’. Pelbagai input bermanfaat dan berguna yang telah disampaikan oleh pembentang antaranya menanamkan kepentingan membaca sebagai sat...

JAULAH (SMART) MENGERATKAN LAGI UKHWAH ANTARA AHLI DAN PIMPINAN

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 bawah Lajnah Sambutan & Rehlah telah mengadakan jaulah santai ke Ain Sukhnah pada 11 Mac 2014 bersamaan 13 Jamadilawal bagi siswa dan   12 Mac 2014 bersamaan 14 Jamadilawal 1435H bagi siswi. Antara objektif yang dibawa pada jaulah Ain Sukhnah kali ini adalah memperkasakan tautan ukhuwah antara ahli selain meneliti kebesaran Illahi dan mengambil ibrah kesan dari berkelana di bumiNya . Di samping itu juga, jaulah kali ini bertujuan untuk menambahkan thaqafah dalam kalangan ahli. Seramai 43 orang siswa dan 65 orang siswi serta 3 orang barisan musyrif daripada kalangan mutazawwijin dan musyrif BKASM bersama menjayakan jaulah ke Ain Sukhnah ini. Pendaftaran dibuka kepada peserta di maktabah dan seterusnya dibahagikan tempat duduk di dalam bas berdasarkan senarai kumpulan yang telah ditetapkan. Permusafiran ke Ain Sukhnah dimulakan dengan bacaan doa oleh musyrif dan perjalanan mengambil masa 2 jam. Peserta diberikan sedikit t...

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR PMRAM CAWANGAN SELANGOR 2014

Imej
Berikut merupakan Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir PMRAM Cawangan Selangor 2014. "Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan" "KITA PMRAM"

DIREKTORI LEMBAGA PENASIHAT BKASM 2014

Imej
Berikut merupakan Direktori Lembaga Penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014. "Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan"

Ucapan Tahniah Kepada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim

Imej
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim di atas beberapa tindakan bijak dan cemerlang dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Negeri Selangor. Antara tindakan cemerlang kerajaan negeri berbentuk  penyelesaian  berkaitan isu industri air di Selangor yang telah menjadi bualan pelbagai pihak dan ia sekaligus telah mengembalikan dan menjamin hak rakyat Selangor. Perjanjian persefahaman  yang melibatkan tujuh projek usahasama juga telah dimeterai antara agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor di Kediaman Rasmi MB Kelantan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kerajaan negeri begitu optimis dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti negeri masing-masing. Antara 7 projek usahasama tersebut termasuklah halal hub, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam Ar-...