Kelas Multimedia: Memupuk Kemahiran Ahli
KELAS MULTIMEDIA: MEMUPUK KEMAHIRAN AHLI
19 MAC 2014, RABU – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 di bawah Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP) telah mengadakan Kelas Multimedia untuk semua AJKT dan AJK Promosi setiap Lajnah.
Antara objektif Kelas Multimedia ini
diadakan adalah untuk memudahkan semua AJKT ataupun AJK setiap lajnah untuk
membuat sebarang iklan atau maklumat yang menggunakan Adobe Photoshop
disamping menambah kemahiran tentang ilmu multimedia dalam diri masing-masing.
Kelas multimedia ini dilaksanakan
di Sutuh Selangor Darul Ehsan tetapi berasingan tempat antara ikhwah dan
akhawat.
Kelas multimedia ikhwah bermula
pada jam 7.30 malam. Pengisi ikhwah yang dijemput khas ialah Ustaz Wan Mohd
Zaim bin Wan Sapiansori. Kehadiran ikhwah yang hadir adalah seramai 11 orang.
Kelas berakhir pada jam 10.00 malam.
Seterusnya kelas multimedia akhawat
pula bermula pada jam 8.30 malam yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Lajnah
Penerangan dan Penerbitan iaitu Ustazah Hanis Madihah binti Meor Hamdan.
Pengisi yang dijemput ialah Ustazah Suryatie binti Kamal. Beliau telah mengajar
serba sedikit mengenai Adobe Photoshop ,cara penghasilan dan etika untuk
membuat iklan,wallpaper dan sebagainya. Seramai 20 orang akhawat yang hadir
bagi menjayakan kelas multimedia ini. Kelas ditamatkan pada jam 10.30 malam.
Dengan kerjasama semua pihak dan
terutamanya daripada pengisi yang berpengalaman, kelas ini dapat dijalankan
dengan lancar dan jayanya. Semoga kelas ini bermanfaat untuk semua dan ilmu
yang diperolehi dapat memudahkan lagi untuk melaksanakan kerja pada masa akan
datang.
Timbalan Setiausaha,
Lajnah Penerangan dan
Penerbitan,
Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir (BKASM),
Sesi
2014
Ulasan
Catat Ulasan