Iftor Mahabbah: Wasilah Mengeratkan Ukhuwah.
20 Mac , KAHERAH – Unit Biah Solehah
di bawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Unit Islamic Home di bawah
Lajnah Penempatan dan Perumahan telah menganjurkan Iftor Mahabbah iaitu rumah
luar berkunjung ke asrama Selangor dan berbuka puasa bersama ahli asrama.
Antara tetamu yang hadir adalah daripada KORUS,pelajar perubatan dari
Abbasiah,ahli dari ARMA,para mutazawwijin, dan beberapa ahli daripada
muhafazah.Tidak dilupakan juga tetamu khas iaitu isteri-isteri pegawai dan
eksekutif pejabat serta HEWI angkat
PMRAM Cawangan Selangor. Aktiviti
ini bermula dengan berbuka puasa iaitu ahli menjamah makanan ringan sebelum
solat maghrib berjemaah di Musolla Asrama Haiyu ‘Asyir.
Seusai solat maghrib,ahli
dihidangkan pengisian rohani berbentuk tazkirah khas daripada pimpinan BKASM
iaitu Ustazah Nurul Farah Huda Jamani,Timbalan Lajnah Penempatan dan Perumahan.
Antara isi tazkirah beliau adalah berkaitan pentingnya kesatuan dalam jemaah
dan berkaitan syura sempena muktamar PMRAM yang akan diadakan tidak lama lagi.
Selesai tazkirah semua ahli ke rumah masing-masing dan menjamu selera dengan
pelbagai hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.
Antara objektif diadakan Iftor
Mahabbah bukanlah semata-mata dengan berbuka puasa bersama-sama, ia juga
bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara ahli dengan lebih mendalam lagi.
Selepas menjamu selera,tetamu dan tuan rumah masing-masing bertaaruf dan
mengadakan sedikit tazkirah ringkas. Selesai bertaaruf ahli mengerjakan solat
isyak dan seterusnya BKASM mengadakan kelas Tafaqquh Fiddin anjuran Unit
Thaqafah bawah jabatan Yang DiPertua.
Alhamdulillah Iftor Mahabbah kali
ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada semua pihak. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKASM dan mudah-mudahan aktiviti ini dapat
diadakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan
oleh:
Ustazah
Mardhiah Ibrahim
Timbalan
Unit Biah Solehah
Lajnah
Dakwah & Tarbiah
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014
Ulasan
Catat Ulasan