Ucapan Tahniah Kepada Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim

Antara tindakan cemerlang kerajaan negeri
berbentuk penyelesaian berkaitan isu industri air di Selangor yang
telah menjadi bualan pelbagai pihak dan ia sekaligus telah mengembalikan dan
menjamin hak rakyat Selangor.
Perjanjian persefahaman yang melibatkan tujuh projek usahasama juga
telah dimeterai antara agensi Kerajaan Negeri Kelantan dan Selangor di Kediaman
Rasmi MB Kelantan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kerajaan negeri begitu
optimis dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti negeri masing-masing. Antara
7 projek usahasama tersebut termasuklah halal hub, pendidikan agama, pembangunan
latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian
Islam Ar-Rahn, pembangunan rangkaian fiber dan mewujudkan pusat pengumpulan dan
pemasaran produk Kelantan di Selangor.
BKASM sentiasa mengalukan-alukan sebarang
usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kebajikan dan kepentingan
rakyat terpelihara. Semoga usaha ini beroleh kejayaan dan mendapat ganjaran
baik di sisi Allah taala.
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Fikhry Hakim bin Fadzilullah
Yang DiPertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2014
Ulasan
Catat Ulasan