KUNJUNGAN HORMAT YB SALLEHEN BIN MUKHYI KE MESIR


Kaherah, Mesir- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) 2014 bersama Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir, Ustaz Mohd Farid b Mohd Zainal berbesar hati menyambut kedatangan Yang Berhormat Tuan Sallehen b Mukhyi ke Mesir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor Darul Ehsan ke Perlembahan Nil. Lawatan  YB Sallehen ke Mesir telah bermula pada 16 April 2014.
           
           Satu kunjung hormat YB Sallehen bersama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor dan wakil BKASM ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah diadakan dan antara topik yang dibincangkan adalah tentang isu penghantaran pelajar. YB Sallehen juga telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat PMRAM bertemu dengan barisan Badan Pengurus.
           
          Majlis Ramah Mesra anjuran Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014 bersama YB Sallehen b Mukhyi telah diadakan pada 17 April bermula pada jam 2030 malam. Antara intipati yang boleh diambil melalui ucapan YB Sallehen b Mukhyi ialah ulama’ mesti mendapatkan tempat untuk menyampaikan ilmu. Selaku mahasiswa Mesir, kita perlulah kreatif dalam menyebarkan ilmu dan menyeimbangkan awlawiyat diri. YB Sallehen juga berpesan kepada mahasiswa agar menguasai pelbagai cabang ilmu untuk disampaikan kepada masyarakat kelak.
          
             Beberapa nasihat daripada YB Sallehen yang boleh dipetik melalui tazkirah beliau adalah dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup dan selarikan tiga perkara ini dalam kehidupan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Akal. Persepsi masyarakat Malaysia yang begitu tinggi terhadap pelajar agama Islam kadang-kadang mudah mempengaruh mereka maka, sikap yang baik wajar ditunjukkan sebagai mahasiswa yang faham apa itu ertinya Islam.
           
           Lawatan YB Sallehen b Mukhyi ke bumi Mesir mengambil masa selama dua hari dan telah berakhir pada 18 April 2014. Pihak Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir dan PMRAM Cawangan Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB meluangkan masa bersama beramah mesra bersama anak-anak Selangor di Mesir.
Sekian, terima kasih.


“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”



Disediakan oleh,
Nurul Nazuwa bt Zazamudin
Timb. Pengarah Majlis Ramah Mesra
BKASM 2014


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG