Anjuran Puasa Muharam Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita melakukan puasa pada bulan Muharam sebagaimana sabdanya, ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻼَﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻼَﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ “ Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadan adalah puasa pada bulan Allah – Muharam. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam .” (HR. Muslim,dari Abu Hurairah). Imam Nawawi - rahimahullah - menjelaskan, “Hadis ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharam.” Di antara sahabat yang gemar melakukan puasa pada bulan-bulan haram (termasuk bulan haram adalah Muharam) iaitu Saidina Umar, Saidatina Aisyah dan Abu Talhah. Bahkan Ibnu ‘Umar dan Al Hasan Al Basri gemar melakukan puasa pada setiap bulan haram (Latha-if Al Ma’arif).Bulan haram adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Hari di bulan Muharam, ya...