LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI KE-39 BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2014

Program
ini bertujuan untuk melakukan pemilihan ketua dan barisan kepimpinan yang baru dalam
sesebuah organisasi, mendekatkan ahli dan pimpinan sekaligus mewujudkan
keharmonian dalam sesebuah organisasi, menegakkan dan menyebarkan keindahan
Islam melalui penekanan konsep syura, melontarkan cadangan dan juga sesi
muhasabah untuk menjadikan BKASM ke arah yang lebih baik seterusnya menjadi
sebuah organisasi yang syumul dalam melaksanakan tuntutan dakwah kepada seluruh
ahli amnya dan masyarakat Islam khususnya.
Seawal
jam 6.30 pagi ahli mesyuarat dan para hadirin telah mula menghadirkan diri bagi
sesi pendaftaran dan memenuhi dewan persidangan. Majlis ucapan perasmian telah
disampaikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Selangor sendiri iaitu Ustaz
Mohd Farid Bin Mohd Zainal. Program diteruskan lagi dengan sesi taklimat
berkenaan sepanjang program sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) BKASM
Kali Ke-39 pada jam 9 pagi.
Seramai
empat orang Setiausaha Sidang telah dilantik dalam mesyuarat tersebut. Dua
daripada kalangan ikhwah iaitu Ustaz Abdul Hadi Bin Hidzan dan Ustaz Muhammad
Nurhilmi Bin Rostam. Dua berbaki lagi daripada kalangan akhawat iaitu Ustazah Nurul
Adnin Binti Halin dan Ustazah Siti Nur Mahmudah Binti Adnan. Manakala Pengerusi
Sidang dikelolai oleh Ustaz Abdul Mun'im Bin Abdul Syukur.
Perjalanan
mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi Pengesahan
Minit Mesyuarat Agung (MAT) Tahunan BKASM Kali Ke-38 dan juga perkara-perkara
berbangkit yang berkaitan. Seterusnya dibentangkan pula kepada para hadirin
berkenaan Laporan Tahunan Lajnah dan Jabatan BKASM sesi 2014. Kemudian
Pengerusi Sidang memberi laluan kepada ahli mesyuarat dan juga hadirin untuk
menunaikan solat fardu Zohor dan makan tengahari. Selepas itu, mesyuarat
disambung semula bagi sesi Pembentangan Laporan Kewangan BKASM sesi 2014 dan
juga Pembentangan dan Perbahasan Usul.
Selepas
itu, para hadirin dan ahli mesyuarat diberi masa untuk berehat bagi menunaikan
solat fardu Asar. Mesyuarat diteruskan lagi kepada sesi Muhasabah dan Cadangan
Umum dan seterusnya melantik dua orang juruaudit bagi sesi 2014/2015.
Pada
belah malamnya pula telah diadakan sesi penyampaian sijil kepada Pengarah
Program Mega sepanjang tahun 2014 dan juga penyampaian sijil kepada barisan
AJKT BKASM sesi 2014. Malam itu juga disampaikan beberapa kategori anugerah.
Antaranya anugerah Tunas Harapan, Aktivis BKASM 2014, Imuwan Muda dan Srikandi
Itqan. Sejurus selepas itu majlis diserahkan pula kepada Pengarah SPR bagi
mengumumkan dan mengisytiharkan senarai barisan AJKT BKASM yang baru bagi sesi
2014/2015.
Kemudian,
penghormatan telah diberikan kepada Yang Di-Pertua BKASM sesi 2014/2015 untuk
memberikan sedikit ucapan alu-aluan dan ucaptama pada malam tersebut. Program di
akhiri dengan nyanyian lagu rasmi BKASM, bacaan doa selamat dan sedikit jamuan
makan beserta dengan tayangan video program sepanjang tahun 2014.
Akhirnya,
seperti yang dipersetujui dalam MAT Kali Ke-39 pembawaan dan usul BKASM bagi
sesi 2014/2015 adalah seperti berikut.
Pembawaan BKASM untuk sesi 2014/2015
:
·
Pemikiran
Wasatiyyah Membentuk Tunjang Ummah
·
Aplikasi
Ilmu Menyumbang Integriti Ummah
·
Keutuhan
Ekonomi Islam Tanggungjawab Bersama
·
Generasi
Harapan Aset Kesatuan
Usul BKASM untuk sesi 2014/2015 :
·
Bersama
dalam menuntut agihan zakat yang lebih profesional dan adil kepada anak-anak
Selangor di Mesir.
·
Memperkukuh
kesatuan BKASM dan PMRAM melalui kesinambungan ilmu dan amal.
·
Mempertahankan
survival taakhi PMRAM cawangan Selangor.
Disediakan Oleh :
(AHMAD LUTFI BIN JAMALUDIN)
Setiausaha MAT Kali Ke-39
BKASM 2014
Ulasan
Catat Ulasan