MUSUH ISLAM YANG TIDAK PERNAH REDHA - Tinta Jumaat Siri ke -9
MUSUH ISLAM YANG TIDAK PERNAH REDHA
Umat Islam pada
hari ini mudah terkesan dengan eleman-eleman barat yang cuba merosakkan sistem
umat Islam itu sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila banyaknya budaya barat
yang sering masuk dalam sistem pentadbiran umat Islam sama ada secara
terang-terangan mahupun secara halus. Umat Islam sudah mengetahui agenda kotor
barat ini sejak sekian lama tapi mengapa kita masih terus terjerumus ke dalam
perangkap mereka?
Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah
Al Baqarah ayat 120 :
وَلَنْ تَرْضَىٰ
عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
sekali- kali senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka.
Maka, benarlah kalam Allah bahawasanya
musuh Islam iaitu yahudi dan nasrani tidak akan aman dengan Islam. Seperti mana
yang kita dapat lihat pada akhir zaman ini, banyaknya isu-isu yang sengaja
ditayangkan kepada dunia seolah-olah menunjukkan Islam itu agama yang ganas,
primitif, dan tidak menerima kemajuan. Bahkan lagi teruk, dunia memandang umat
Islam sebagai ektremis dan pengganas.
Isu yang berlaku di negara
Perancis baru-baru ni cukup menunjukkan kita betapa liciknya permainan
musuh-musuh Islam. Isu pembunuhan 12 orang termasuk pengarah akbar Charlie
Hebdo seolah-olah cuba membangkitkan kembali islamofobia di kalangan penduduk
bukan Islam di Perancis dan di dunia. Seluruh dunia termasuk negara haram
Israel bangkit mempertahankan mangsa serangan bersenjata tersebut. Nisbah 12
mangsa serangan bersenjata di Perancis adalah amat sedikit jika dibandingkan
dengan jumlah mangsa pembunuhan di negara Palestin sejak pencerobohan Israel.
Selain itu,
musuh-musuh Islam telah berjaya mengasingkan agama Islam dari pemerintahan
sesebuah negara Islam. Ini terbukti apabila undang –undang dan syariat Islam
semakin dilupakan. Al-Quran hanya menjadi bahan bacaan tanpa penghayatan.
Syariat Islam hanya digunakan di sesetengah hal kehidupan sahaja. Undang-undang
barat ditinggikan dan sunnah-sunnah nabi ditinggalkan kerana dikatakan aneh dan
tidak rasional. Ini adalah gambaran keadaan umat akhir zaman yang Nabi Muhammad
katakan dalam hadis yang sering kita dengar.
قال رسول الله :
ﺑَﺪَﺃَ ﺍﻟْﺈِﺳْﻠَﺎﻡُ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻭَﺳَﻴَﻌُﻮﺩُ ﻛَﻤَﺎ ﺑَﺪَﺃَ ﻏَﺮِﻳﺒًﺎ ﻓَﻄُﻮﺑَﻰ
ﻟِﻠْﻐُﺮَﺑَﺎﺀِ
Nabi bersabda: Islam muncul dalam
keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah
orang-orang yang asing itu.
Jelaslah betapa banyaknya
fitnah pada akhir zaman ini. Isu-isu ditimbulkan untuk menguji tahap
persaudaraan kita. Umat Islam seakan hanya mampu melihat saudara mereka
ditindas tanpa cuba membantu menyelesaikan masalah mereka. Isu yang dimainkan
Yahudi dan Nasrani serta organisasi yang menyokong mereka akan cuba sedaya
upaya mengaburi minda umat Islam dengan isu-isu seolah kesalahan itu akhirnya
terletak kepada Islam. Natijahnya, orang Islam berperang sesama sendiri
disebabkan fitnah yang dicipta oleh mereka
Kesimpulannya, umat Islam haruslah kembali
berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah di samping bergerak dalam satu
kesatuan Islam supaya dapat mengembalikan keagungan Islam itu sendiri dengan
tertegaknya Khilafah Islamiyah yang telah lama jatuh sejak 3 mac 1924.
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "
Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Azrollnaim bin Rashid
Ketua Lajnah Kesenian & Sukan
BKASM sesi 2014/2015
Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Azrollnaim bin Rashid
Ketua Lajnah Kesenian & Sukan
BKASM sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan