BKASM JULUNG KALINYA MENGADAKAN JAULAH KE SELATAN SINAI
PERJALANKU SINAI ‘15

.jpg)
PerjalanKu
Sinai ‘15 mendapat sambutan yang memberangsangkan dari ahli dengan disertai
seramai 62 peserta dari Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor termasuk dua orang
peserta dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Terengganu. Menariknya pada
kali ini, PerjalanKu Sinai yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Auzaie bin Roslan
ini turut disertai Atase Pendidikan Negeri Selangor Mesir, Ustaz Mohamad Farid
bin Zainal bersama ahli keluarga, dan Encik Shamsul Andri bin Masruddin,
Pembantu Pegawai Atase Selangor Mesir.
Program
dimulakan dengan taklimat disiplin dan keselamatan serta tentatif pada jam 1.00
pagi dan diikuti dengan Solat Sunat Hajat serta Solat Sunat Musafir sebelum
bertolak. Rombongan bertolak dari Kaherah kira-kira jam 3 pagi dan berhenti
rehat untuk Solat Subuh di Muzium Mini Suez sebelum meneruskan perjalanan.
Antara tempat bersejarah yang dilawati pada hari pertama ialah Terowong Ahmad
Hamdi, Kubu Israel, Telaga Uyun Musa, sauna semulajadi di Hamam Firaun. Penerangan
tentang tempat-tempat tersebut diberikan oleh Musyrif program yang sangat
berpengalaman, iaitu Ustaz Mohd Nur Afzan bin Ab Wahab. Destinasi terakhir pada
hari tersebut ialah Dahab, tempat membeli-belah bagi para peserta juga
merupakan tempat penginapan pada malamnya di Hotel Jawhara.
Hari
kedua jaulah dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah serta tazkirah Subuh yang
disampaikan oleh Yang DiPertua BKASM, Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari diikuti
dengan ucapan dari Ustaz Mohamad Farid bin Zainal. Pelbagai aktiviti menarik
diadakan pada pagi hari antaranya snorkeling di Blue Hole dan menaiki Glass Boat
sambil menikmati pemandangan indah dasar laut yang terdapat di sana. Perjalanan
kemudiannya diteruskan lagi menuju ke St Catherine untuk melawat Uyun Musa dan
Wadi Arbain sebelum menginap di Hotel Wady Mouquddus yang terletak di kaki
bukit Sinai. Pada malam tersebut, peserta dijamu dengan hidangan BBQ kemudian
berehat untuk persediaan mendaki bukit Sinai.
Misi
pendakian bukit Sinai dimulakan pada jam 2.45 pagi dan kumpulan pertama tiba di
puncak kira-kira jam 4.45 pagi dan menunaikan Solat Subuh di masjid yang
terletak berdekatan dengan tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah. Alhamdulillah
semua peserta yang mendaki akhirnya berjaya menamatkan pendakian mereka hingga
ke puncak. Lebih menakjubkan, anak-anak kecil Ustaz Mohammad Farid yang turut
serta dalam juga berjaya menyempurnakan misi pendakian bukit setinggi 2,285
itu. Keinginan para peserta untuk menyaksikan matahari terbit tidak kesampaian
apabila cuaca pada pagi tersebut agak mendung dan berkabus. Namun, tanpa
disangka-sangka salji turun ketika mereka berada di puncak Sinai.
Sepanjang
perjalanan menuruni bukit, para peserta melawat perkampungan Nabi Ilyas AS,
Monastery St Catherine, pancaran lembu Samiri, dan menziarahi makam Nabi Harun
AS sebelum kembali ke hotel untuk bersiap pulang ke Kaherah. Dalam perjalanan
pulang, peserta sempat dibawa menziarahi makam Nabi Saleh AS dan mengadakan
majlis penutup program di dataran padang pasir berhampiran. Rombongan
PerjalanKu Sinai tiba di kediaman Hayyu Asyir pada jam 3 pagi.
Pihak
pelaksana program PerjalanKu Sinai ’15 merakamkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang menyertai
jaulah pada kali ini diatas sokongan dan kerjasama yang sangat baik sepanjang
program. Semoga objektif untuk mengukuhkan ukhwah antara ahli tercapai dalam
menuju 50 Tahun BKASM melalui kembara tarbiyah ini dan mendapat keberkatan dan
keredhaan daripada Allah.
“TEGUH
PEMIKIRAN, RIBAT KEBERSAMAAN”
Disediakan
oleh,
(LUQMAN
BIN MOHD ZAKI)
Setiausaha
PerjalananKu Sinai ’15,
Lajnah
Sambutan & Rehlah,
BKASM
sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan