AMBIL IBRAH DARI SIRAH - Tinta Jumaat Siri ke -10
AMBIL IBRAH DARI SIRAH
Allah
SWT mentakdirkan setiap sesuatu terhadap segala perkara. Tidak ada yang
terkecuali. Dari sekecil benda hingga sebesar perkara. Dengan segala takdir-Nya
maka terciptalah sejarah atau sirah. Di dalamnya tersurat dengan sirah, tersirat
pelbagai ibrah. Al-Quran sendiri banyak merekodkan kisah,sejarah dan diselitkan
juga dengan pengajaran tentang para nabi, haiwan dan alam semesta. Begitu juga
As-Sunnah Nabi Muhammad SAW.
ADA APA DENGAN SIRAH?
Manusia
asal pengetahuannya adalah jahil. Maka ilmulah yang akan mengalimkan mereka. Dengan
mempelajari dan mengkaji sejarah maka kita akan dapati pelbagai perkara
antaranya ilmu, kemahiran dan pengajaran yang utama. Sejarah para nabi, para
sahabat dan tokoh-tokoh Islam adalah perkara yang mesti kita titikberatkan
dalam kehidupan seharian. Ia diibaratkan kunci(keilmuan,kebijaksanaan dan
kemahiran) yang membuka jalan kehidupan kita kepada kebahagian atau penderitaan
kelak.
Firman Allah Ta’ala :
“Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik
dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami
mewahyukan) nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui” (Surah Yusuf
ayat : 3)
PENTINGNYA IBRAH
Ibrah
atau pengajaran merupakan elemen yang memainkan peranan kepada kita dalam
memahami sesuatu sejarah itu sendiri. Intipati di dalamnya boleh jadi baik atau
buruk, selamat atau bahaya bergantung kepada siapa yang memahaminya. Contoh
yang mudah, si kaya akan belajar untuk terus jadi kaya kerana dia telah belajar
apa itu erti miskin. Dahulu dia miskin, hidupnya jadi susah lalu dia mengambil
pengajaran (kesusahan) akibat dari kemiskinan itu maka dia belajar(usaha) untuk
menjadi kaya.
Kesimpulannya,
belajar dan kajilah tentang sirah dan ambil darinya ibrah. Seterusnya jadikan
dan gunakan ia sebagai sebahagian panduan dalam menjalani kehidupan agar kita
menjadi manusia yang sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan aman.
Allahualam.
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
Disediakan
oleh,
Muhammad
Al-Fateh bin Ahmad Sapian,
Ketua Lajnah
Kebajikan
BKASM sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan