KESEDARAN ISLAM YANG SEBENAR - Tinta Jumaat Siri ke -13
ويدع الإنسن بالشر
دعاؤه بالخير وكان الإنسن عجولا
Maksudnya : “Dan
manusia seringkali berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan.
Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa”.
Allah swt berfirman
juga dalam Surah Al-Maidah ayat (45) :
ومن لم يحكم بما
أنزل الله فأولئك هم الظلمون
Maksudnya : “Barangsiapa
yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim”.
Kehilangan Islam
dalam praktikal hidup masyarakat
Cara hidup umat Islam kini
sedang menolak keterangan al-quran. Mereka menolak kekuasaan, kebesaran dan
janji-janji Allah.
Keyakinan umat Islam mestilah
dibina semula agar mereka merasai pentingnya rahmat Allah. Penolakan terhadap
rahmat Allah dalam kehidupan mereka dianggap sebagai satu ancaman keras yang
sentiasa membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan amalan.
Kesan daripada penolakan tadi,
umat Islam kini kehilangan Daulah Islamiyyah ke arah ‘Ubudiyyah nilai hidup
sebenar dan akhlak sebenar.
Punca
Penolakan umat Islam terhadap Islam berpunca dari ‘aqidah yang lemah. ‘Aqidah
yang tidak berfungsi untuk kembali kepada Islam sebagai ad-Din. ‘Aqidah yang
sakit lantaran dipengaruhi dan diserang oleh cara hidup bukan Islam.
Pelbagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku umat hingga
Islam kembali menjadi dagang. Islam sebagai ad-Din turut asing di hati
orang-orang yang mengaku beriman. Rasa cinta kepada Islam sebagai cara hidup
yang Allah redhai sudah tiada. Rasa keperluan kepada pembentukan masyarakat Islam
juga tiada. Yang wujud hanyalah realiti mempertikaikan kehendak-kehendak Allah
swt. Ini bererti mempertikaikan ketaatan yang Islam kehendaki dan mempertikaikan
nilai-nilai syara’.
Siapakah yang
akan menyambut seruan kesedaran
Setiap daie perlu keluar mencari jiwa-jiwa yang merasai kehilangan
rahmat Allah dan yang ingin menyahut seruan Allah. Fitrah manusia untuk kembali
kepada fungsi tauhid sebenar sememangnya ada. Ada yang sanggup melalui proses,
ada yang sedang melalui proses dan ada yang telah melalui proses. Ada juga yang
lambat melalui proses. Daie atau murabbi perlulah bijaksana menggunakan teknik
dan cara bertindak dalam menarik mad’u yang pelbagai.
Daie perlu mencari dan
mengumpulkan hati-hati yang merasai kehilangan rahmat Allah. Hati-hati yang
ingin kembali kepada hakikat hidup yang memperhambakan diri hanya kepada Allah dalam
setiap bidang.
Hati-hati ini perlu diasuh agar memahami bahawa penyakit sedang
menyerang umat dan merosakkan ‘aqidah umat. Tauhid pada hati-hati umat semakin
futur atau tidak berfungsi dengan betul. Hati-hati ini juga perlu diasuh agar
menyedari bahawa segala tindakan berpunca dari permasalahan ‘aqidah yang mesti
diterokai terlebih dahulu. Juga, memahami makna dan fungsi iman sebenar agar
tindakan yang lahir selaras dengan tuntutan iman. Iman kepada Allah adalah
pemancar. Dari pemancar ini lahirlah kerja-kerja Islam.
Oleh yang demikian, daie atau murabbi perlu memahami bahawa ‘mukmin’
adalah natijah yang lahir daripada tarbiah yang menekankan keimanan kepada
Allah.
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "
Disediakan oleh,
Nurul Nazuwa binti
Zazamudin
Timb. Lajnah
Pendidikan
BKASM sesi
2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan