Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

DAIE MURABBI DAKWAH INFINITI

Imej
  Pada 25 Mac 2015,Kelab Daie Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan Ijtimak Du'at Siri 1 untuk sesi ini.Tema Kelab Daie pada sesi ini berkonsepkan akademi.Seiring dengan tema Kelab Daie pada sesi ini ‘Daie Murabbi,Dakwah Infiniti’ penganjur menumpukan kepada tiga objektif.Pertama adalah melahirkan mahasiswa yang berkualiti,berketrampilan serta berjiwa besar dalam melakukan gerak kerja dakwah.Kedua pula meningkatkan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap suka membaca dan mengkaji.Objektif ketiga pula adalah memberi pendedahan tentang realiti ummah dan keperluan semasa melalui wasilah BKASM.   Ijtima’ Duat siri 1 didahulukan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Kelab Daie.Ustaz Ahmad Lutfi bin Azizi dan kemudian dirasmikan oleh Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,Ustaz Anas bin Mohd Bhukhari.   Ijtima’ Duat kali ini membawakan dua slot dan satu Gerak Kerja Berkumpulan(GKB).Slot pertama adalah mengenai Asas Dakwah:Daie Murabbi,Dakwah...

BINASAKAN ISLAM : F= -kx - Tinta Jumaat Siri ke Enam Belas

Imej
Chaim Herzog (حاييم هيرتزوع) : “Sesungguhnya keaslian Islam sangat bahaya seantero dunia” The Globe and Mail (ذا غلوب آند ميل) : “92 artikel menerangkan tentang bahaya kekuatan gerakan Islam di Palestin”. Washington Post : Pernah tersebar satu artikel bertajuk : “Islam adalah musuh nombor satu kepada Barat” Laungan pimpinan Barat : “Binasakan Islam ,hancurkan pendokongnya!” Adakah kita akan terus berdiam diri? Adakah kita akan terus bergoyang kaki tanpa amal di sisi? Adakah kita akan terus menunggu kemenangan dari nusrah Ilahi tanpa sedikit pun mahu menabur amal bakti?            فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ ذَٰلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ ۗ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَ...

RISALAH DAKWAH TERBITAN MAC- SAHUTLAH SERUAN ITU

Imej
SAHUTLAH SERUAN ITU Situasi 1: “ Min, aku ada beli pizza ni. Jom makan sama-sama. ” Situasi 2: “ Man, bangun Man. Dah pukul 3 ni. Ko kata nak tengok final Liverpool vs Chelsea.” Situasi 3: “ Man, jom solat. Dah azan dah.”             Andai dialog-dialog di atas ditujukan kepada kita, apa jawapan yang kita akan berikan? Ketika inilah kita dapat menilai iman kita. Jika kita boleh menyahut ajakan yang pertama dan kedua tanpa sebarang penangguhan, mengapa kita berikan seribu satu alasan apabila ajakan yang ketiga ditujukan kepada kita? Inilah antara penyakit yang semakin parah di akhir zaman ini. Penyakit suka bertangguh. Andai solat pun kita boleh tangguh-tangguhkan, tidak mustahil kita akan bertangguh dalam perkara lain.           Seruan azan yang dilaungkan bukanlah sekadar muzik yang dialunkan sebagai tanda masuk waktu solat. Akan tetapi ia merupakan satu seruan dari Ilahi menyeru jiwa-j...

RIBAT PERDANA DAN PELANCARAN UNIT BIAH SOLEHAH (UBS) sesi 2014/2015

Imej
20 MAC 2015,KAHERAH – Unit Biah Solehah (UBS) dengan kerjasama Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT), Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), sesi 2014/2015 telah mengadakan Program Ribat Perdana dan Pelancaran Unit Biah Solehah bagi sesi 2014/2015 yang bertempat di Musolla Darul Ehsan. Secara ringkasnya, program ini melibatkan ahli-ahli BKASM, sama ada yang tinggal di imarah mahupun di rumah sewa. Antara pengisian dalam program ini adalah qiamullail,tazkirah subuh khas,dan pelancaran UBS. Program ini dimulakan dengan kehadiran ahli dan para fasilitator untuk sama-sama tidur di musolla, bagi menjayakan aktiviti qiamullail yang dimulakan pada jam 3.50 pagi di Musolla Darul Ehsan. Kemudian program diteruskan lagi dengan Solat subuh secara berjemaah serta tazkirah subuh khas yang disampaikan oleh Badan Pengurus angkat PMRAM Cawangan Selangor, Ustaz Ahmad Shahrir bin Alias, Naib Presiden 1, merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2014 yang b...

TO BE A LEADER : ANJAKAN PARADIGMA PELAPIS BKASM

Imej
KAHERAH,21 MAC 2015 – Program “To Be A Leader” merupakan satu inisiatif yang disusun oleh Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 bertujuan menjayakan salah satu pembawaan BKASM iaitu “Generasi Harapan Aset Kesatuan”. Program tersebut  dilaksanakan  di Musolla Darul Ehsan bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada 10.30 malam. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 60 orang aktivis BKASM yang dihantar melalui setiap lajnah dan jabatan di dalam organisasi masing-masing. Di antara objektif utama program “To Be A Leader” adalah bagi melicinkan gerak kerja BKASM sesuai dengan usia 50 Tahun serta  memberi kefahaman kepada AJK lajnah dan jabatan tentang pengurusan organisasi. Program dimulakan dengan ucapan pengarah iaitu Ustaz Muhamad Nazif Bin Shaari selaku Timbalan Yang Dipertua 1 merangkap ketua Lajnah Perancang BKASM sesi 2014/2015. Antara slot yang dimuatkan di dalam program ini ialah Slot “Muslim Produktif” yang disampa...

KEPERIBADIAN AMIRUL MUKMININ ; Pemimpin yang amanah dengan Tanggungjawab - Tinta Jumaat Siri ke - 15

Imej
KEPERIBADIAN AMIRUL MUKMININ ;  Pemimpin yang amanah dengan Tanggungjawab Pernah diceritakan, pada suatu malam, Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab R.A. keluar meronda bersama seorang pembantunya. Apabila tiba di satu tempat, mereka terjumpa seorang wanita bersama beberapa orang anaknya. Lantas terus disapa oleh Umar R.A. dengan salam dan menanyakan hal keadaan mereka. Wanita itu menjawab bahawa mereka kedinginan dan tiada tempat tinggal. Melihatkan keadaan anak-anak wanita itu yang sedang menangis, maka Umar R.A. bertanyakan keadaan mereka. Si Wanita menjawab bahawa anak-anaknya menangis kerana kelaparan. Wanita itu hanya memasak air untuk menenangkan anak-anaknya kerana menyangka makanan sedang disiapkan sehinggalah mereka tertidur. Hakikatnya mereka tidak mempunyai sesuatu pun untuk dimakan. Maka Umar R.A. bertanya apakah perkara ini tidak diketahui Khalifah Umar?  Si Wanita menjawab: “Umar R.A. memang pemimpin kami tetapi dia tidak mengambil peduli hal-...

BENGKEL SONY VEGAS : Siri 1 Sambutan yang baik daripada Mahasiswa/wi baru

Imej
Pada 11 Mac 2015 yang lepas, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Lajnah Penerangan Dan Penerbitan telah menganjurkan program Bengkel Sony Vegas Siri Pertama aktiviti di bawah Kelab LPP. Bengkel ini telah dilaksanakan terbuka seluruh ahli BKASM dan khusus kepada semua Unit Promosi dan Penerbitan setiap Lajnah. Bengkel ini telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Asrama Selangor, Hayyu Asyir. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk melatih mahasiswa/wi khusus untuk pelajar baru dalam penggunaan Sony Vegas dalam menghasilkan video yang menarik dan terbaik disamping mengasah bakat terpendam di kalangan mahasiswa/wi sekaligus melahirkan pelapis baru bagi peringkat PMRAM pusat dan cawangan. Aktiviti ini telah disertai oleh 11 orang mahasiswa dan 18 orang dari kalangan mahasiswi. Bengkel Sony Vegas ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hakimi Ahmad Suhaimi (Pengarah Kelab Karyawan Islam, Lajnah Penerbitan KPKM) dan  turut dihadiri oleh b...

SEJARAH KESATUAN YANG DILUPAKAN - Tinta Jumaat Siri ke -14

Imej
SEJARAH KESATUAN YANG DILUPAKAN                Bilamana sejarah diketengahkan di dalam perbincangan, perlu diketahui sejauhmana kesahihan sejarah tersebut. Sirah Nabi Muhammad s.a.w merupakan sejarah yang terperinci dan paling sahih berbanding dengan sejarah-sejarah yang lain disebabkan metod pengambilan sejarah tersebut yang tidak dapat dinafikan kebatilannya. Sejarah melakarkan satu paradigma yang agung apabila manusia dapat disatukan di bawah satu wadah kepimpinan Islam bermula era negara Islam pertama iaitu Madinah. Di situ bermulanya kekuatan dibentuk dan disebarkan pengaruh Islam ke beberapa tempat. Setelah wafat baginda Nabi Muhammad s.a.w, diteruskan lagi peranan kepimpinan Islam oleh para sahabat bahkan mengutamakan perlantikan khalifah daripada pengebumian Nabi. Disebabkan peranan itu diteruskan, akhirnya Islam berjaya meluas hingga sepertiga dunia. Kesatuan yang dibina atas dasar Islam. Kesatuan da...