RIBAT PERDANA DAN PELANCARAN UNIT BIAH SOLEHAH (UBS) sesi 2014/2015
20 MAC 2015,KAHERAH
– Unit Biah Solehah (UBS) dengan kerjasama Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah
dan Tarbiah (LDT), Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), sesi 2014/2015 telah
mengadakan Program Ribat Perdana dan Pelancaran Unit Biah Solehah bagi sesi
2014/2015 yang bertempat di Musolla Darul Ehsan.
Secara
ringkasnya, program ini melibatkan ahli-ahli BKASM, sama ada yang tinggal di
imarah mahupun di rumah sewa. Antara pengisian dalam program ini adalah
qiamullail,tazkirah subuh khas,dan pelancaran UBS.
Program ini
dimulakan dengan kehadiran ahli dan para fasilitator untuk sama-sama tidur di
musolla, bagi menjayakan aktiviti qiamullail yang dimulakan pada jam 3.50 pagi
di Musolla Darul Ehsan. Kemudian program diteruskan lagi dengan Solat subuh
secara berjemaah serta tazkirah subuh khas yang disampaikan oleh Badan Pengurus
angkat PMRAM Cawangan Selangor, Ustaz Ahmad Shahrir bin Alias, Naib Presiden 1,
merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan sesi 2014 yang bertajuk “
KEPENTINGAN BIAH SOLEHAH”. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan pelancaran
UBS bagi sesi 2014/2015 yang telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Sharir bin
Alias.
Antara Objektif
diadakan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana biah solehah
dalam kalangan mahasiswa/wi dan mendidik ahli BKASM akan kepentingan Biah
Solehah dalam kehidupan seharian. Seterusnya, mengeratkan dan menguatkan lagi hubungan
silaturrahim dan ukhwah sesama ahli BKASM.
Program ribat perdana
ini berakhir sekitar jam 7.00 pagi dan alhamdulillah program ini dapat berjalan
dengan baik serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli BKASM. Program
ini juga melibatkan kerjasama yang baik
dengan Jabatan Fasilitator BKASM.
Akhirnya, semoga
program seperti ini akan dapat terus dijalankan pada masa – masa akan datang
dan juga semoga semua ahli BKASM dapat memberi komitmen yang baik terhadap
program anjuran BKASM. Semoga BKASM sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T.
Disediakan oleh,
Setiausaha,
Lajnah Dakwah dan
Tarbiah,
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir,
BKASM sesi 2014/2015.
Ulasan
Catat Ulasan