DAIE MURABBI DAKWAH INFINITI

Ijtima’ Duat siri 1 didahulukan dengan ucapan
alu-aluan daripada Pengarah Kelab Daie.Ustaz Ahmad Lutfi bin Azizi dan kemudian
dirasmikan oleh Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir,Ustaz Anas
bin Mohd Bhukhari.
Ijtima’ Duat kali ini membawakan dua slot dan
satu Gerak Kerja Berkumpulan(GKB).Slot pertama adalah mengenai Asas Dakwah:Daie
Murabbi,Dakwah Infiniti yang dibentangkan oleh Ustaz Zahani binti Abdul Ghani.Beliau
mengatakan dakwah mestilah didahului dengan ilmu dan contoh ikutan
terbaik.Konsep “Qudwah Qobla Dakwah” menjadi perkara terpenting untuk semua
daie berhadapan mad’u.
Seterusnya program diteruskan dengan
pengenalan kepada para mentor yang akan membimbing peserta dalam GKB berkenaan
dengan Dakwah Fardiah:Simple Touch.Peserta diberikan situasi-situasi
yang memerlukan Dakwah Fardiah mengikut kumpulan-kumpulan yang
dibahagikan.Perbincangan dan penyelesaian disimpulkan oleh mentor yang
berpengalaman berpandukan konsep
Dakwah Fardiah.
Slot terakhir pula adalah “Madkhal Ila Fiqh
Nusus” yang dibentangkan oleh Ustaz Mohd Mukhlis bin Hasin.Beliau menerangkan
konsep Fiqh Nusus yang berasal daripada Al-Quran dan Sunnah. Keperluan memahami
Fiqh Nusus atau Fiqh Maqasid bertujuan mengetahui kaedah para ulama’ mengambil
hukum daripada sumber syariah yang utama.Masalah ummat pada hari ini memerlukan
pemahaman kepada nas syarak yang sahih berpandukan kaedah ulama yang benar.
Ijtima’ diakhiri dengan kalam Pengarah Kelab
Daie mengenai tugasan yang mesti dilakukan oleh ahli sebelum menyertai Ijtima
seterusnya.Tugasan dibahagikan kepada individu dan berkumpulan melalui bimbingan mentor.
Semoga para peserta terus istiqamah dalam
meneruskan siri-siri Ijtima’ Duat sehingga akhir sesi.
Penganjur
mengharapkan pengisian yang diberikan dimanfaatkan semua peserta.Daie perlu
menyediakan diri dengan pelbagai ilmu sebagai menyahut seruan Daie
Murabbi,Dakwah Infiniti.
“DAIE MURABBI,DAKWAH INFINITI”
" Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan "
Disediakan Oleh:
Rabiatul Adawiyah
binti Abdul Zabar
Setiausaha Kelab
Daie
Badan Kebajikan
Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan