Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

DIMANAKAH LETAKNYA KEMULIAAN ? - Tinta Jumaat Siri ke - 18

Imej
Firman Allah swt : وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang lebih sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’:ayat 70) DENGAN APA MANUSIA DIMULIAKAN? 1)       ISLAM Saidina Umar al-Khattab r.a dalam satu kalamnya yang masyhur: نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإذا ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله - Kita adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan selain Islam, kita sebenarnya telah dihina oleh Allah: Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,  Islam adalah agama yang sempurna. Allah menurunkan pensyariatan Islam ...

RISALAH DAKWAH TERBITAN APRIL - ANDA AKAN DIDAKWAH

Imej
      ANDA AKAN DIDAKWAH   ” Jom turun solat Jemaah kat musolla", ajak seorang rakan kepada rakannya yang lain. "Nantilah, kalau sempat.. tak pun, jemaah kat bilik pun boleh kan?" jawab rakannya tadi. Sedih. Sedih mendengarkan alasan itu. Itulah hebatnya Allah Subhanahu wataa'la, hanya Dia-lah sahaja yang mampu untuk menggerakkan hati manusia seperti saya dan anda untuk menuju redha-Nya. TETAPI! Hidayah dari Allah SWT bukannya alasan untuk tidak mencari keimanan kepada-Nya. "Jom kita puasa", kata seseorang kepada rakan karibnya. "Hehe.. hidayah Allah tak sampai lagilah. Tak sampai seru, dah sampai nanti aku puasa la. Jangan risau, nanti aku puasa tiap-tiap hari. Huhu..", jawab rakannya dengan bersahaja. Nauzubillah. Apakah perasaan anda, jika mendengar kata-kata seperti itu? Mungkin kemarahan akan menjelma ketika itu kan? Sabarlah dan terus bersabar. Seorang dai'e tidak kenal erti putus asa. Bukan   kejayaan yang Allah lihat...

KELAS SENI KHAT & KALIGRAFI KALI KE DUA

Imej
 Pada 6 April 2015 bersamaan hari Isnin yang lepas, Unit Kemahiran di bawah kelolaan Lajnah Kesenian & Sukan, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) Sesi 2014/2015 telah mengadakan Kelas Seni Khat & Kaligrafi siri yang kedua yang diadakan di Sutuh Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Kelas khat siri kedua ini khusus untuk pelajar ikhwah sahaja.  Tenaga pengajar untuk kelas ini ialah Ustaz Muhammad Aimi Akmal Bin Zaini, mahasiswa tahun akhir kuliah syariah. Kelas ini telah di hadiri oleh kesemua peserta yang terlibat pada kelas khat siri yang pertama dengan tambahan seorang peserta dari Badan Kebajikam Anak Wilayah Mesir sekaligus menjadikan jumlah peserta setakat ini adalah seramai 20 orang. Pada kelas siri ini, peserta di ajar cara bagaimana menulis khat yang paling bawah iaitu Khat Riq'ah. Bermula dengan menulis bentuk titik sehingga lah huruf hija'iyah yang pertama iaitu huruf Alif sehingga menepati cara tulisan yang sebenar sebelum berpindah ke huruf yang...

HARI UKHUWAH BERSAMA BERSATU 2015 (HUBB’15) SYABAB HAMASAH

Imej
ISNIN, 13 APRIL 2015, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015, telah menganjurkan Hari Keluarga BKASM yang diberi nama Hari Ukhuwah Bersama Bersatu 2015 (HUBB’15). Lebih khusus, HUBB’15 untuk ikhwah dinamakan sebagai Syabab Hamasah yang membawa maksud pemuda yang bersemangat.             HUBB’15 Syabab Hamasah BKASM kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh ahli. Seramai lebih 120 orang ikhwah telah mendaftarkan diri untuk menyertai Hari Keluarga ini. Dengan tema mengimbau zaman kanak-kanak, pelbagai aktiviti telah dirancang di peringkat pelaksana untuk mengerat ukhuwah sesama ahli. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah acara susun selipar, galah panjang, teng-teng, ceper, batu seremban dan pelbagai lagi. HUBB’15 Syabab Hamasah ditutup dengan persembahan qasidah daripada ahli dan jamuan BBQ khas untuk semua. Dengan tujuan untuk memberi ketenangan sambil mengukuhkan uk...

Program Bazaria Bkasm Expo, Stand Together BEST ’15

Imej
Pada 7, 8 dan 9 April 2015, Badan Kebajikan Anak Selangor  Mesir (BKASM). Telah mengadakan program Bazaria Bkasm Expo, Stand Together  BEST ’15. Program telah berlangsung  selama 3 hari. Bermula dengan Ambang  BEST ’15 pada 6 april berturutan sehingga 3 hari dengan jualan pelbagai makanan dan minuman.  Bertepatan dengan objektif BEST’ 15 pada kali ini antaranya memberi ruang perniagaan kepada kepada ahli menjawa kewangan Badan Kebajikan Anak Selangor  Mesir (BKASM), serta menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam mengamalkan muamalat menurut perspektif islam. Sepanjang Program Bazaria Bkasm Expo, Stand Together  BEST ’15 di jalankan banyak aktiviti diisi khusus kepada pengunjung. Antaranya pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman, Sembang  Santai bersama Badan Pengurus PMRAM dan Slot UBM (Kisah Wali). Selain itu disediakan  permainan kepada pengunjung yang datang  k...

APLIKASI SIRAH DALAM KEHIDUPAN - Tinta Jumaat Siri ke -17

Imej
    Sirah adalah putaran kehidupan yang dilalui oleh baginda Rasulullah Sallallahualaihiwassalam dan para sahabat .Di dalamnya tercatat pelbagai ranjau kehidupan berhadapan dengan musuh, puak munafiq dan berbagai lagi kesusahan serta penderitaan yang dialami oleh baginda dan para sahabat yang tak dapat digambarkan dek kewarasan akal.    Putaran kehidupan mereka sering dijadikan modal,manhaj atau diskusi baik di medan sosial dan media massa yang lain.Tidak ketinggalan bagi  para daie yg beriltizam atas jalan baginda dan para sahabat, menjadikan sirah sebagai manhaj dan bekalan di dalam melayari bahtera seorang daie. Namun begitu, perlu ditimbulkan beberapa persolan tentang bagaimana pembacaan dan penceritaan  kisah tauladan mereka yang didengarkan di corong- corong media massa. Adakah ianya  mampu memberi kesan dalam kehidupan muslim amnya dan mahasiswa muslim khususnya ?Mengapakah masih terdapat cendekiawan barat mampu menjadikan sirah bagi...

HUBB' 15 SRIKANDI ITQAN MENYATUKAN ANAK SELANGOR MESIR DARI PELBAGAI BIDANG

Imej
      Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2014/2015 telah mengadakan sambutan Hari Keluarga bertemakan konsep Grand Dinner dengan nama “Hari Ukhuwah Bersama Bersatu”(HUBB’15) pada 13 April 2015 yang bertempat di Sally Mall bermula pada jam 5 petang sehingga jam 10.30 malam. Kehadiran adalah seramai 200 orang ahli BKASM dari pelbagai cawangan termasuk pelajar perubatan Ain Sham, Sayyedah Zainab dan Ulum Islamiah.       Program telah dimulakan dengan slot perasmian oleh ucapan daripada saudari Syaidatul Humaira’ bt Mohd Naim selaku Pengarah HUBB’15, seterusnya ucapan Timbalan Yang Di-Pertua II saudari Siti Nurliana bt Zainudin dan program telah dirasmikan oleh saudari Ulfatun Nadzirah bt Tugiman Razaq selaku Penasihat BKASM sesi ini. Malam Grand Dinner ini juga turut dihadiri oleh Puan Norziana bt Mohamad, isteri Pegawai Atase Pendidikan Selangor serta pimpinan perubatan, saudari Afiqah Inani bt Mohd Haslin selaku Timbalan Presi...

PENJANAAN THAQAFAH AHLI TERUS DIPERTINGKATKAN

Imej
Pada 31 Mac dan 2 April 2015, Unit Thaqafah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 telah mengadakan   Pembentangan Kitab dan Yaum Thaqafi yang dibentangkan oleh dua orang pengisi hebat iaitu   Ustaz Syafiq bin Sahimi, Felo Manhal PMRAM dan Ustaz Mohammad Faroaq bin Ghazali, mantan Ketua Jabatan Fasilitator BKASM. Pembentangan kitab telah berlangsung pada 31 Mac 2015 yang disampaikan oleh Ustaz Syafiq bin Sahimi yang bertajuk Al-Fawaid Al- Makiah. Program ini telah dihadiri   seramai 200 orang dari ahli PMRAM cawangan Selangor dan tidak ketinggalan daripada PMRAM cawangan lain. Antara objektif program daurah kitab anjuran Unit Thaqafah BKASM ini adalah : 1. Memberi gambaran mengenai mabadi' setiap ilmu dan faedah mempelajarinya 2. Memberi pengenalan asas mengenai prinsip dan kaedah perjalanan Mazhab Syafie 3. Melahirkan seorang alim/asatizah yang tahu kadar dirinya. Program di bawah unit Thaqafah diteruskan lagi pada 2 April 2015 yang disamp...

DOKONGAN PADU KEPADA PMRAM

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah. Pujian bagi Allah tuhan yang menguasai sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan Muhammad SAW serta para keluarga Baginda, sahabat-sahabat dan para penerus rantai dakwah sekalian.     Atas coretan ini saya selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015 (PMRAM Cawangan Selangor) ingin melafazkan takziah buat seluruh ahli dan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) atas pembekuan pendaftaran PMRAM. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar di sisi-Nya.     Pmram merupakan satu wadah kesatuan anak-anak Melayu yang bertapak di bumi Mesir ini sejak 85 tahun keberadaannya. Dengan kapasiti umur yang matang dan ahli yang mendokong, kesatuan ini dijaga dengan rapi dan dijulang sebagai khilafah kecil yang menaungi anak-anak Melayu. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang telah dikecapi samada pimpinannya mahupun ahli. Sejarah telah memaparkan bagaimana ep...