Tanggal 13 November 2015, Jumaat lalu, dunia dikejutkan dengan kejadian tembak menembak, letupan bom serta tawanan tebusan oleh pengganas di bandar Paris, yang mengorbankan kira-kira 129 orang, 325 orang cedera dan 99 orang cedera parah. Serangan ini disasarkan ke tempat umum antaranya di Dewan Konsert Bataclan, Restoran Jepun Rue de Charonne, Restoran Kemboja Petit Cambodge, Boulevard Voltaire dan Restoran Pizza Casa Nostra. Serangan ini juga disasarkan di luar Stadium Nasional Stade de France, lokasi dimana sedang berlangsungnya perlawanan bolasepak antarabangsa antara pasukan kebangsaan Perancis menentang Jerman yang turut dihadiri Presiden Perancis, François Hollande serta kira-kira 80 000 orang penonton. Serangan ini menyebabkan Presiden Perancis, François Hollande mengisytiharkan perintah darurat serta mengarahkan semua pintu masuk ke negara itu ditutup. Beliau juga mengumumkan agar diadakan sidang parlimen Isnin ini bagi membincangkan isu i...
Ulasan
Catat Ulasan