DOKONGAN PADU KEPADA PMRAM
بسم الله الرحمن
الرحيم
Alhamdulillah.
Pujian bagi Allah tuhan yang menguasai sekalian alam. Selawat dan salam buat
rasul junjungan Muhammad SAW serta para keluarga Baginda, sahabat-sahabat dan para
penerus rantai dakwah sekalian.
Atas
coretan ini saya selaku Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi
2014/2015 (PMRAM Cawangan Selangor) ingin melafazkan takziah buat seluruh ahli
dan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) atas pembekuan
pendaftaran PMRAM. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar di
sisi-Nya.
Pmram
merupakan satu wadah kesatuan anak-anak Melayu yang bertapak di bumi Mesir ini
sejak 85 tahun keberadaannya. Dengan kapasiti umur yang matang dan ahli yang
mendokong, kesatuan ini dijaga dengan rapi dan dijulang sebagai khilafah kecil
yang menaungi anak-anak Melayu. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang telah
dikecapi samada pimpinannya mahupun ahli. Sejarah telah memaparkan bagaimana
episod PMRAM cuba untuk diharamkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bahkan
PMRAM juga pernah melalui pengalaman dibekukan sekitar 70an yang lalu.
Pembekuan
PMRAM kali ini sepertimana yang dimaklumkan oleh Saudara Hanifulfuad bin Husin,
Presiden PMRAM 2014 dalam Persidangan Khas baru-baru ini bukanlah asing buat
ahli dan kepimpinannya. Bahkan ianya menjadi sebahagian daripada mehnah
perjuangan sepertimana mereka-mereka terdahulu mencipta sejarah. Pasti dan
pasti, PMRAM akan kembali menuju ke persada ummah dengan izin Allah SWT suatu
hari nanti. Beriman dengan satu hadis nabi SAW :
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر
الله (رواه مسلم)
Bermaksud :
Akan sentiasa ada satu kumpulan dalam kalangan umatku mereka berada di atas
jalan kebenaran, tidak ada sesiapa yang mampu memudharatkan mereka sehinggalah
tibanya qiamat.
Saya mewakili
kepimpinan dan ahli di peringkat PMRAM Cawangan Selangor akan terus bersama
mendokong PMRAM dari pelbagai aspek dan kepentingan demi menjayakan resolusi
yang telah disepakati dalam Persidangan Khas baru-baru ini. Di kesempatan ini
juga saya meluahkan rasa kesal dan kecewa sekiranya di sana terdapat tangan-tangan
ghaib yang cuba menjatuh dan meroboh kesatuan yang telah dibina sejak sekian
lama ini. Jika benar, maka Allah adalah sebagi-baik hakim yang akan mengadili
suatu masa kelak.
Akhir kalam daripada saya,
saya menyeru seluruh mahasiswa-mahasiswi yang berada di perlembahan Nil ini
mahupun yang berada di tanah air agar kita dapat bersatu dan bergandingan bahu
dalam mengembalikan era kegemilangan PMRAM untuk masa akan datang. Semoga
nusrah Allah bersama para pendokong kebenaran.
#kitaPMRAM
#BersamaBersatu
Anas bin Mohd Bhukhari
Yang
Di-Pertua
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
(PMRAM
Cawangan Selangor)
Ulasan
Catat Ulasan