DIMANAKAH LETAKNYA KEMULIAAN ? - Tinta Jumaat Siri ke - 18
Firman Allah swt :
Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami
angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki daripada yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang lebih sempurna atas
kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ
وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
|

(Surah al-Isra’:ayat 70)
DENGAN APA MANUSIA DIMULIAKAN?
1) ISLAM
Saidina Umar al-Khattab r.a dalam satu
kalamnya yang masyhur:
نحن قوم أعزنا الله
بالإسلام فإذا ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله
- Kita adalah satu kaum yang dimuliakan
Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan selain Islam, kita
sebenarnya telah dihina oleh Allah:
Sahabat-sahabat
yang dirahmati Allah sekalian,
Islam adalah agama yang sempurna. Allah
menurunkan pensyariatan Islam melalui apa yang terkandung di dalam al-Quran. Manakala
Rasulullah S.A.W adalah pembawa risalah kenabian tersebut. Menolak apa yang
dibawa Rasulullah bererti menolak hukum al-Quran dan menolak hukum al-Quran
bererti dia telah menafikan kesempurnaan Islam.
Realiti
muslim pada hari ini, mengambil sebahagian hukum dan menolak sebahagian yang
lain. Ada segelintir pula yang menerima al-Quran sahaja dan menolak hadis. Sedangkan
sebahagian besar hukum yang terdapat di dalam al-Quran dalam lafaz yang mujmal
dan disyarahkan di dalam hadis baginda S.A.W. Adakah sebenarnya mereka sedang
mencabar Allah ?
2)
PETUGAS DAIE
Firman
Allah swt:
و من أحسن قولا ممن دعا إلى الله و
عمل صالحا و قال إنني من المسلمين
“Dan siapa lagi yang terlebih baik perkataannya
berbanding orang yang mengajak ( manusia ) kembali kepada Allah dan beramal
dengan amalan yang soleh dan berkata sesungguhnya aku sebahagian dari kalangan
orang – orang menyerah diri ( Islam ) “
(Surah Fussilat ayat 33)
Menjadi daie bukan satu pilihan bahkan ia adalah
kewajipan yang mesti dipikul oleh setiap umat Islam. Tidak ramai yang sanggup
memikul tugas mulia ini meskipun telah dinyatakan habuannya oleh Allah dengan
ganjaran syurga. Maka persiapkan diri dengan ilmu, softskill serta qudwah yang
baik agar dakwah diterima dalam memimpin mad’u.
Prinsip yang mesti dipegang oleh setiap dari
kita:
عِشْ كَرِيْمًا او مُتْ شَهِيْدًا
Hiduplah
dalam kemuliaan (ISLAM) dan matilah sebagai syahid (dalam perjuangan)
Di samping mempersiapkan diri menjadi mulia
disisi Allah, kita turut membawa insan-insan di sekeliling agar turut bersama
dengan matlamat ini. Kader dakwah akan senantiasa ada, pelapis generasi
Salahuddin al-Ayyubi akan terus bersedia memegang panji kebenaran.
“Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan”
“Bersama Bersatu “
Disediakan oleh:
SITI NURLIANA BINTI ZAINUDIN
Timbalan Yang DiPertua II,
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan