Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

QUDWAH TERAS IKATAN HATI - TINTA JUMAAT SIRI KE-29

Imej
          Islam datang sebagai agama kerahmatan dan kecintaan yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia di samping menekankan konsep tauhid ‘ubudiyyah’ sebagai asas pembinaan iman dalam jiwa tiap mukmin. Maka Rasulullah sebagai tokoh peribadi terbaik mencerminkan bahawa kasih sayang adalah penghubung antara insan. Sikap ini mampu menundukkan kebatilan hati-hati yang tegar memusuhi Islam. Firman Allah dalam Surah An- Nahl ayat 125 :- ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين ‘’Serulah ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan cara yang lebih baik Sesungguhnya TuhanMu lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.’’ Amru bin Al-‘Asr adalah salah seorang sahabat Rasul...

IMTIHAN QABUL MAHASISWA/WI BARU SELANGOR SESI 2015/2016

Imej
30 Julai 2015 KHAMIS - Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menyediakan pengangkutan bas untuk mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2015/2016 ke Markaz Lughah Syeikh Zayed Universiti Al-Azhar Hayyu Sadis. Seramai 154 orang mahsiswa/wi baru selangor iaitu 76 ikhwah dan 80 akhwat telah menghadapi peperiksaan imtihan qobul pada hari ini sebelum bermulanya sesi perkuliahan akan datang. Turut mengiringi Pegawai Atase Pendidikan Selangor Mesir, Ustaz Mohammad Farid Mohammad Zainal, YDP BKASM Ustaz Anas bin Mohd Bukhari serta wakil AJKT dan adhoc USMB ke markaz al-azhar bagi memantau kelancaran mahasiswa/wi baru yang menduduki imtihan qobul. Semoga semua mahasiswa/wi baru Selangor dan umumnya seluruh mahasiwa/wi Malaysia yang berada di Mesir memperoleh kejayaan yang diinginkan serta berusaha dengan lebih keras untuk menuntut ilmu di Mesir ini. " Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan " Disediakan Oleh : Ustaz Amirul Afif bin ...

HADIAH DARI TUHAN - TINTA JUMAAT SIRI KE-28

Imej
Ada satu kisah teladan buat kalian. Telah berlaku satu pertengkaran antara si penjual dan si penghidu. Datanglah seorang yang bijaksana untuk membeli ayam panggang. Maka,mengadulah mereka berdua dan akan bersetuju dengan sebarang keputusan yang dilakukan. Sementara menunggu jawapan dari si bijaksana,terlintas dalam fikiran si penghidu, pasti si bijaksana itu akan menyebelahinya dan begitu juga pada lintasan si penjual.    Lalu, si bijaksana berkata bahawa si penghidu harus membayarnya kerana dengan sengaja menghidu aroma tersebut. Tersenyum lebar si penjual menerima keputusan itu. Dalam keadaan masih terkejut dan terkebil-kebil, si penghidu mengeluarkan wang dari sakunya, kelihatan hanya sedikit dan bermulalah menghitung wang dengan bunyi syiling sehingga seperti nilai yang dikehendaki sambil diperhati oleh semua orang. Justeru, berkatalah si bijaksana kepada si penjual ; Adakah anda melihat wang yang dihitung? Jawabnya ; “Benar”. Ditanya lagi, Adakah anda juga mend...

FITRAH ‘15 DISAMBUT DENGAN PENUH KEMERIAHAN

Imej
FITRAH ‘15 DISAMBUT DENGAN PENUH KEMERIAHAN 17 JULAI 2015,KAHERAH- Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah menganjurkan sebuah program raya yang diberi nama FESTIVAL TARBIAH RAYA HIJRIAH (FITRAH ‘15) yang bertempat di rumah Selangor,Hayyu Asyir,Kaherah. Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 17 hingga 19 Julai. Antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan kebersamaan di antara ahli BKASM sekaligus menghidupkan kedatangan syawal dengan penerapan nilai islami bersama-sama seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir.                 Program ini dirasmikan oleh Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail (Penasihat BKASM sesi 2014/2015)  pada malam raya 16 Julai beserta gimik perasmian yang berkonsepkan Retro Raya 60-an & raya di Malaysia dengan bertemakan ‘Ramadan Dirindui Fitrah Dirasai’. Seterusnya pada 1 Syawal bertarikh 17 Julai seluruh anak-anak Selangor bersama-sama se...

EDISI KHAS MUSLIMAH : MUSLIMAH & AIDILFITRI

Imej
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ما تركتُ بعدي فتنةً أضرَّ على الرِّجال من النِّساء “Tidak lah aku tinggalkan suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnah wanita.” Ketika zaman jahiliah,wanita tidak dimuliakan malah martabatnya direndah-rendahkan.Tiada harta yang diwariskan kepada wanita ketika kematian suaminya bahkan wanita menjadi harta yang boleh diwariskan.Apabila datangnya Islam, maka kedudukan wanita diiktiraf bahkan mendapat keistimewaan yang tersendiri. Sebagai seorang muslimah, maka hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat menjadi seorang wanita Islam yang beriman kerana kedudukannya telah dijamin oleh Allah SWT . Maksud FirmanNya lagi di dalam surah yang sama ayat ke-35: “Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim,lelaki dan perempuan yang mukmin,lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan,lelaki dan perempuan yang benar,lelaki dan perempuan yang sabar,lelaki dan perempuan yang khusyuk,lelaki dan perempu...

ISU ZAKAT - Pertemuan Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat BKASM Bersama wakil Pelajar Perubatan

Imej
ISU ZAKAT - Pertemuan Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat BKASM Bersama wakil Pelajar Perubatan 15 Julai : Rabu - Pertemuan telah diadakan bersama wakil zakat Perubatan Universiti Ain Shams bagi membincangkan permasalahan zakat yang berlaku dikalangan mereka. Berhubung dengan permasalahan yang berlaku, wakil pelajar Pengajian Perubatan berjaya membangunkan dua kertas kerja yang setiap satunya mempunyai tujuan tertentu.  Kertas kerja pertama berkisar Tuntutan Pembayaran Bantuan Umum Pelajaran(BUP) Diawalkan kepada pelajar perubatan Tahun5 Universiti Ain Shams. Dan yang kedua, Tuntutan Pembayaran Yuran menggunakan nilai matawang USD serta Menaikkan Kos Sara hidup kepada RM12000. Kertas kerja ini berjaya dihantar kepada wakil delegasi Malaysia yang hadir ke Mesir pada bulan Disember tahun lepas bersama- sama kertas kerja dari pelajar Pengajian Islam. Sehubungan itu,pertemuan dua pihak antara Wakil Jawatankuasa Bertindak Zakat BKASM dengan wakil pelajar Perubatan Univ...

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR

Imej
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015 ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut : 1.        Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua BK...

Kunjungan Rasmi wakil BKASM ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Shah Alam

Imej
SHAH ALAM -13 Julai 2015 (Isnin)- Saudara Muhamad Nazif Bin Shaari ,Timbalan Yang Dipertua 1 yang merupakan wakil rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah membuat satu kunjungan rasmi ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor serta mengadakan pertemuan bersama Yang Berhormat Dr Ahmad Yunus Bin Hairi   Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan. Turut bersama dalam pertemuan tersebut Saudara Fikhry Hakim bin Fadzilullah wakil rasmi Jawatankuasa Bertindak Zakat BKASM, Saudara Mohd Farhan Bin Mazlan, wakil dari Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Selangor dan Ustaz Noor Najahan Bin Mohamad Salleh selaku Pegawai Dasar Agama Exco Kerajaan Negeri Selangor.  Pertemuan bermula seawal jam 9.30 pagi yang membincangkan tentang gerak kerja dan permasalahan di peringkat BKASM serta penyelesaian yang boleh diambil tindakan oleh kedua-dua pihak. Pihak BKASM berharap agar hubungan ra...

IFTOR JAMAIE 2015 : Bukti Kebersamaan Antara BKAN

Imej
Iftor Jamaie 2015 : Bukti Kebersamaan Antara BKAN HAYYU ‘ASYIR : 11 Julai 2015 :- Suasana Ramadhan 1436H di Mesir terus meriah dengan penganjuran Iftor Jamaie yang dianjurkan bersama seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Malaysia dan Muslim Care Malaysia Society.  Program yang dimulakan pada 6.15 petang di Dataran Hayyu Asyir dengan slot Sembang Santai bersama Ustaz Muhamad Hakimi Bin Hussin, Mantan AJKT BKASM ini berjaya mengumpulkan hampir 900 orang warga Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa/wi dan Pegawai-pegawai Atase Pendidikan Negeri. Dengan kerjasama yang ditunjukkan menggambarkan bukti kebersamaan antara BKAN dalam memberikan khidmat kebajikan kepada ahli. Dalam masa yang sama, BKAN terus berusaha menerapkan aspek takaaful iaitu saling bantu-membantu sesama muslim sesuai dengan tarbiyyah Ramadhan yang menyeru kepada kesamarataan sesama muslim. Penganjur turut membawakan kepada hadirin yang hadir satu slo...

MENJERNIHKAN FIKRAH BUAT UMMAH - Tinta Jumaat siri ke - 27

Imej
Menjernih Fikrah Buat Ummah Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya. Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang salah dan tersasar dari matlamat yang diingini. Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah keperluan memahami landasan perjuangan yang benar seterusnya mendapat redha Allah swt Saidina Umar al-Khattab pernah menegaskan (mafhumnya) : “Fahamilah olehmu (akan perkara agama dan urusan kepimpinan atau perjuangan) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin.” Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (maksudnya): “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan nescaya diber...

ISU ZAKAT - PERTEMUAN WAKIL AHLI JAWATANKUASA BERTINDAK ZAKAT BERSAMA IBU BAPA

Imej
4 Julai - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam : Berhubung permasalahan zakat yang berlaku, maka satu pertemuan yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat bersama ibu bapa pelajar bagi memberi sedikit pendedahan dan penerangan berkaitan permasalahan zakat yang berlaku dikalangan pelajar di Mesir. Hasil daripada perbincangan, beberapa solusi dan kata sepakat berjaya disepakati antara ibu bapa bersama wakil Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat. Moga dengan adanya kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat wakil kepada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama ibu bapa pelajar dapat membuahkan hasil yang mengembirakan bagi pelajar yang menuntut di Bumi Kinanah ini. Moga Allah membalas jasa baik kalian yang membantu secara langsung dan tidak langsung.  " Teguh Pemikiran Ribat Kebersamaan  Disediakan Oleh :  Setiausaha  Ahli Jawatankuasa Bertindak Zakat   Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir

ADAKAH AKU MUAZ ATAU MU'AWWIZ ? - Tinta Jumaat siri ke - 26

Imej
ADAKAH AKU MUAZ ATAU MU'AWWIZ ? Semasa peperangan Badar pada 17 Ramadan Tahun ke-2 Hijrah,diceritakan bahawa Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum ansar, Muaz bin Amr Al-jamuh,  berusia 14 tahun dan Mu'awwiz bin Afra berumur 13 tahun. Kedua- duanya bersenjatakan pedang. Tentera Quraisy seolah olah tidak menghiraukan kehadiran dua remaja itu kerana menganggap kedua duanya tidak berbahaya. Mereka lebih memilih Abdurrahman bin Auf agar ditawan hidup hidup untuk dijadikan tebusan kerana beliau terkenal sebagai saudagar yang kaya. Dalam kondisi pertempuran, Abdurrahman bin Auf meminta agar remaja tersebut menjauhi medan peperangan kerana memikirkan dirinya yang masih muda.Namun Muaz seraya menjawab bahawa dia telah mendapat izin dari orang tuanya.Dengan pantasnya, Mu'awwiz menyatakan hasrat kedatangannya adalah untuk membunuh musuh Islam iaitu Abu Jahal. Pada mulanya ,Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua orang remaja it...