KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN
ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR
14 JULAI 2015
ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI
KAHERAH
Mesyuarat Yang
Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan
oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar
Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan
dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah
yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke
Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai
kesepakatan seperti berikut :
1.
Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) menafikan berlaku penipuan
sebagaimana yang dilaporkan sepanjang pengurusan BKAN kepada pelajar-pelajar
baru ke Mesir setiap tahun. Pengurusan yang dilaksanakan di peringkat BKAN
berjalan dengan telus dan dipantau dari semasa ke semasa oleh Yang Dipertua
BKAN.
2.
BKAN memohon pihak kedutaan agar memberikan penjelasan jelas dan
terperinci berkaitan dakwaan yang berlaku. Justeru kenyataan umum yang
dikeluarkan itu telah menimbulkan pelbagai persepsi yang kurang baik kepada
BKAN dan telah mewujudkan suasana yang tidak selesa dalam kalangan ahli BKAN
terutama di laman-laman sosial.
3.
BKAN bersetuju akan menyusun satu pertemuan khas dengan pihak Duta Besar
Malaysia ke Kaherah dan Palestin untuk menuntut penjelasan lanjut berkaitan
perkara tersebut.
5 4.
BKAN menasihatkan seluruh ahli agar bertenang dan tidak menimbulkan
sebarang provokasi di laman-laman sosial dan tidak mengambil tindakan melulu.
ANAS BIN MOHD BHUKHARI
(YANG DIPERTUA BKASM)
(YANG DIPERTUA BKASM)
MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN
(YANG DIPERTUA KPKM)
SYAHID SYAMIL BIN RAMLI
(YANG DIPERTUA BKMIP)
USAMAH BIN ARIS
(YANG DIPERTUA BKPJM)
AHMAD RABBANI BIN ISMAIL
(YANG DIPERTUA BKKIMM)
AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI
(YANG DIPERTUA KPT)
MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI
(YANG DIPERTUA BKPPPM)
MUHAMMAD ‘ASRI BIN MOHD SALIM
(YANG DIPERTUA KPIPM)
MUHAMMAD YASIN BIN AWANG
(YANG DIPERTUA BKAWM)
AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN
(YANG DIPERTUA KPP)
MOHD SHAFIQ BIN MOHD NASER
(YANG DIPERTUA MKKK)
Ulasan
Catat Ulasan