Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Isu Vape : Memohon Kerajaan Membuat Kajian Semula Demi Kesihatan dan Keamanan Rakyat Malaysia.

Imej
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional kepada rokok moden. Hari ini, rokok elektronik juga dikenali sebagai vape. Apa yang membimbangkan pada hari ini adalah pelbagai lapisan masyarakat Malaysia terjebak dalam penggunaan rokok elektronik ini sehinggakan melibatkan pelajar sekolah rendah yang rata-ratanya berada di bawah umur. Hal ini merunsingkan pelbagai pihak, jika ianya tidak dibendung berkemungkinan besar moral dan akhlak masyarakat Malaysia kian runtuh. Rentetan daripada hal ini, para ulama dan cendekiawan Islam bersepakat hukum penggunaan rokok elektronik ini sama seperti rokok sebenar. Ini adalah kerana : 1) Ia mendatangkan kemudaratan kepada pengguna dan orang sekelilingnya. 2) Meniru budaya yang bukan daripada adab dan akhlak yang diajar dalam Islam. 3) Dilihat tidak bermaruah. 4) Mendidik masyarakat dengan budaya yang tidak sihat. Bahkan diperingkat Jabatan Kemajuan Islam Mala...

MUNAJAT PASCA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ( MAT ) KALI KE-40

Imej
Khamis, 22 Oktober 2015 – Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT) dengan kerjasama Lajnah Penempatan dan Perumahan (LPR) Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Program Iftor Mahabbah & Munajat Pasca MAT 40 yang bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir. Program ini melibatkan seluruh ahli BKASM yang menghuni asrama Selangor mahupun Komuniti Rumah Sewa (KORUS). Antara pengisian program ini ialah Iftor Mahabbah, Munajat (Solat Hajat) & Doa Selamat serta Tazkirah Pasca MAT 40. Antara objektif diadakan program ini adalah munajat sempena Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 yang baru-baru ini diadakan. Selain itu, mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara semua ahli BKASM. Program ini dimulakan dengan Iftor Mahabbah yang melibatkan KORUS ke asrama. Selepas Solat fardhu Isyak secara berjemaah, program diteruskan dengan Solat Hajat dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Khairulamirin  bin Khabir, Ketua Lajnah Dakwah da...

JEREBU : Peringatan Daripada Allah SWT

Imej
Jerebu : Peringatan Daripada Allah SWT. Pencemaran udara yang melanda negara kita pada hari ini terus berlarutan sehingga memberi kesan yang tinggi pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Perkara ini terus memberi kebimbangan serta kerisauan terhadap rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan wabak yang mudah merebak kepada manusia jika tidak dibendung dengan sebaiknya. Pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) merakamkan rasa simpati dengan musibah yang melanda di tanah air Malaysia. Disebalik musibah yang berlaku pada hari ini berkemungkinan terdapat perkara buruk telah dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak, maka masih belum terlambat untuk memohon keampunan kepada Allah SWT kerana kepadaNYA sahaja kita memohon segala petunjuk dan keampunan. "Sehingga aku berkata (kepada mereka): Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. ...

BORANG KAJIAN MEDAN BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR MESIR SESI 2014/2015

Imej
Sebelum pentadbiran BKASM sesi 2014/2015 melabuhkan tirainya, Lajnah perancang menyediakan borang kajian medan kepada seluruh ahli BKASM. Borang kajian medan ini bertujuan untuk penambahbaikan pentadbiran BKASM sesi akan datang. Harapan kami, agar ahli BKASM dapat mengisi borang maklumat ini bagi melicinkan pentadbiran BKASM akan datang. Besar harapan kami agar borang ini dapat membantu ahli dan pimpinan untuk sama-sama menggembleng tenaga dalam memastikan keutuhan dan survival BKASM dapat diteruskan di bumi Mesir ini. Borang boleh didapati di pautan ini -: https://docs.google.com/…/15LViVCOpZI2vOTc7WWAgbKm…/viewform Borang ini hendaklah diisi bermula pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) sehingga 12 Oktober 2015 (Isnin) jam 12 malam Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan -: - Ikhwah : Saudara Muhamad Nazif bin Shaari Ketua Lajnah Perancang BKASM sesi 2014/2015 +201212152484 - Akhawat: Saudari Siti Nurliana binti Zainudin Timbalan Lajnah Perancang BKASM sesi 2014/2015 +...

PEMUDA : TONGGAK MASA HADAPAN - TINTA JUMAAT SIRI KE - 36

Imej
PEMUDA : Tonggak Masa Hadapan نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚإِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى “Kami Ceritakan kisah mereka kepadamu dengan sebenarnya . Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk” (Al-Kahfi: 13) Agama Islam yang kita yakini kebenarannya memilki perhatian besar terhadap pemuda, kerana pemuda hari ini akan menjadi pemimpin-pemimpin dimasa akan datang. Baik dan buruknya pemuda hari menjadi cerminan kepimpinan dimasa akan datang. Semuanya bergantung kepada kemantapan kualiti golongan ini. “SYUBBAN AL-YAUM RIJAL AL-GHAD” pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Al-Quran banyak mengisahkan perihal golongan pemuda yang sepatutnya menjadi qudwah hasanah . merekalah para muda mudi Islam yang mendambakan hidup dalam keredhaan Allah. Nama dan prestasi mereka tercatat dalam Al-Quran dan menjadi contoh tauladan sehingga hari kiamat. ...

RISALAH ILMIAH SIRI KETUJUH - HOW TO BE A SUCCESSFUL PERSON ?

Imej
A Muslim person was taught to be a success in their life. We have been called five times a day for success in azan; حي على الصلاة..حي على الفلاح.. Meaning:  Let’s pray. Let’s success Firstly, to be a successful person, we must know some tips to lead us to succeed: Allah is Number One ·   Make sure our intention is purely for Allah. ·   More close to Allah by performing good work and obey all His commandment. List down all chores ·   Know well with your own times; ·   Make a column between urgent and important, urgent but not important, important but not urgent, not important and not urgent, and make sure to follow it; ·   For example : association, meeting, study, personal matter, rest and other. Do an exercise ·   Practice every day something new until you achieve it Be a positive ·   Whatever worse thing comes to you, you should not be down by it but take it as a challenge and you can be a successful ...

Pemakluman Prosedur Biasiswa Pelajar Baru

Imej
[ BIASISWA PELAJAR BARU ] 1. Bagi pelajar baru yang akan masuk ke kuliah, zakat akan bermula setelah mana pelajar memulakan kuliah tahun 1 beserta pengesahan daripada kuliah (TASDIQ KULIAH) sama ada dermasiswa ATAU bantuan umum pelajaran (BUP). Adapun pelajar yang berstatus BUP, pelajar perlu menyediakan beberapa dokumen dan perlu dibawa ke Malaysia untuk dihantar ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Shah Alam, antaranya: 1. Salinan kad pengenalan pemohon dan penjaga 2. Salinan passport dan visa pemohon yang hidup 3. Surat pengesahan pengajian dari pihak universiti beserta penterjemahan (penterjemahan akan dilakukan oleh pihak pejabat) 4. Surat tidak menerima mana- mana tajaan 5. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan penjaga 6. Salinan kad pengenalan/sijil lahir bagi semua tanggungan Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar kepada Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir terlebih dahulu di Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir dan disahkan sebelum dihantar ke Malaysia. Borang bo...

PRO MULTIMEDIA WORKSHOP - Melahirkan Generasi Pelapis Yang Profesional

Imej
Pada 29 September 2015 lepas, Lajnah Penerangan dan Penerbitan sesi 2014/2015 Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan Kelab LPP telah mengadakan program Pro Multimedia Workshop. Aktiviti ini dijalankan pada dua sesi iaitu sesi petang dan sesi malam.   Pada sesi petang, kelas dimulakan dengan Bengkel Sony Vegas siri ke-2, manakala untuk sesi malam pula adalah kelas Adobe Photoshop khusus untuk mahasiswa/wi baru. Objektif yang digariskan bagi program yang dijalankan adalah untuk memberi pengenalan awal tentang kemahiran membuat iklan serta menambah kemahiran dalam pembikinan video sekaligus melahirkan tenaga mahir yang mampu menghasilkan iklan dan video di tahap profesional. Seterusnya dapat memastikan setiap ahli yang menghasilkan iklan dan video mengikut etika dan syarat yang ditetapkan tanpa melanggar syara'. Bengkel Sony Vegas Siri ke-2 bermula pada jam 1.30 petang yang di pengerusikan oleh Ustazah Siti Fazira Binti Idris. Seterusnya slot diteruskan oleh ...

ISLAM DAN POLITIK - TINTA JUMAAT SIRI KE- 35

Imej
       Islam menetapkan tujuan dan tugas utama pemimpin adalah untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah dan RasulNya serta melaksanakan perintah-perintahNya. Sabda Rasulullah SAW:   عن ابن عمر رضى الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته . (Dari Ibn Umar r.a, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang adalah pemimpin dan dipertanggungjawabkan ke atas apa yang dipimpin.)        Setiap individu adalah pemimpin termasuk menjadi pimpinan bagi dirinya sendiri. Seseorang individu yang berfikiran matang haruslah sentiasa bersedia dalam mengenal seseorang pemimpin melalui sikap, kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu.Tidak kira siapapun, kita dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan masing-masing, sama ada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, sama ada kita selaku orang yang dipimpin kita mempunyai hak untuk menjadi ju...

CERPEN GURU MUDA - Hasil Karya Terbaik ( Ketiga ) PENA '15 Bengkel Penulisan dan Penterjemahan

Imej
      Pada 17 Disember 2013 merupakan titik permulaan bagi diriku yang kerdil ini. Sedang aku merasakan bosan berada di rumah, maka diri ini terpanggil untuk mencari pekerjaan bagi mengisi masa lapangku dengan perkara yang berfaedah. Mencari pekerjaan itu bukanlah suatu yang terlintas di fikiranku apabila tamat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada bulan oktober yang lalu. Tetapi jika aku diberi peluang tersebut, ingin juga aku mencubanya untuk mencari suatu pengalaman  yang baru di dalam hidupku.      Apabila sahabatku mengetahui perkara ini, lalu dia memberikan nama dan nombor telefonku kapada seorang mudir sekolah  yang sedang tercari-cari guru ganti bagi mengajar di sekolah tersebut. Maka terpanggillah aku untuk menghadiri temuduga itu setelah aku menerima panggilan telefon dari mudir itu, dua minggu sebelum tarikh temuduga yang sebenar. Maka pergilah aku ke sekolah itu untuk menghadiri temuduga bagi...