PRO MULTIMEDIA WORKSHOP - Melahirkan Generasi Pelapis Yang Profesional
Pada 29
September 2015 lepas, Lajnah Penerangan dan Penerbitan sesi 2014/2015 Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan Kelab LPP telah mengadakan
program Pro Multimedia Workshop. Aktiviti ini dijalankan pada dua sesi iaitu sesi petang dan sesi malam. Pada sesi petang, kelas dimulakan
dengan Bengkel Sony Vegas siri ke-2, manakala untuk sesi malam pula adalah
kelas Adobe Photoshop khusus untuk mahasiswa/wi baru.
Objektif yang
digariskan bagi program yang dijalankan adalah untuk memberi pengenalan awal
tentang kemahiran membuat iklan serta menambah kemahiran dalam pembikinan video
sekaligus melahirkan tenaga mahir yang mampu menghasilkan iklan dan video di
tahap profesional. Seterusnya dapat memastikan setiap ahli yang menghasilkan
iklan dan video mengikut etika dan syarat yang ditetapkan tanpa melanggar
syara'.
Bengkel Sony
Vegas Siri ke-2 bermula pada jam 1.30 petang yang di pengerusikan oleh Ustazah
Siti Fazira Binti Idris. Seterusnya slot diteruskan oleh tenaga pengajar Ustaz Ahmad Hakimi Bin Ahmad Suhaimi. Seramai 11 orang ikhwah dan 20 orang akhawat telah
menyertai bengkel ini. Bengkel ini berakhir dengan penyampaian hadiah
daripada Ustaz Mohamad Badrul Annuar Bin Mahbob diiringi oleh Ustaz Nashrul
Amin Bin Arbain selaku pengarah Pro Multimedia Workshop.
Pada sesi
malam pula, seramai 20 orang mahasiswa baru dan 37 orang mahasiswi menyertai Kursus Adobe Photoshop yang dipengerusikan oleh Ustaz Al-Baihaqi. Kursus
ini dikendalikan oleh Ustaz Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan dan berakhir dengan penyampaian
hadiah daripada Ustaz Mohamad Badrul Annuar Bin Mahbob diiringi oleh Ustaz
Nashrul Amin Bin Arbain.
Semoga dengan
berakhirnya bengkel ini dapat melahirkan ramai pelapis yang professional seterusnya dapat melebarkan
dakwah Islam.
"
Together Through Multimedia "
" Generasi Harapan Aset Kesatuan "
" Generasi Harapan Aset Kesatuan "
Kelab LPP
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2014/2015
Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2014/2015
Ulasan
Catat Ulasan