MUNAJAT PASCA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ( MAT ) KALI KE-40
Penempatan dan Perumahan (LPR) Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Program Iftor Mahabbah
& Munajat Pasca MAT 40 yang bertempat di Asrama Rumah Selangor, Hayyu
Asyir.
Program ini melibatkan seluruh ahli BKASM yang menghuni
asrama Selangor mahupun Komuniti Rumah Sewa (KORUS). Antara pengisian program
ini ialah Iftor Mahabbah, Munajat (Solat Hajat) & Doa Selamat serta
Tazkirah Pasca MAT 40.
Antara objektif diadakan program ini adalah munajat sempena
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-40 yang baru-baru ini diadakan. Selain itu,
mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara semua ahli BKASM.
Program ini dimulakan dengan Iftor Mahabbah yang melibatkan
KORUS ke asrama. Selepas Solat fardhu Isyak secara berjemaah, program
diteruskan dengan Solat Hajat dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz
Khairulamirin bin Khabir, Ketua Lajnah
Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2015/2016. Seterusnya, program diteruskan lagi
dengan Tazkirah Pasca MAT 40 yang disampaikan oleh Ustaz Najamuddin bin Sapie,
Aktivis BKASM.
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar serta
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ahli BKASM. Program ini berakhir
pada jam 8.15 malam.
Semoga Program Iftor Mahabbah & Munajat Pasca MAT 40
dapat terus dijalankan pada masa akan datang dan ahli BKASM dapat memberi
komitmen yang baik terhadap program anjuran BKASM. Semoga BKASM sentiasa
dipelihara oleh Allah SWT.
Disediakan oleh,
Setiausaha Lajnah Dakwah dan Tarbiah (LDT),
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM),
Sesi 2015/2016.
Ulasan
Catat Ulasan