KESATUAN DALAM ISLAM - Tinta Jumaat Siri 1
Firman Allah SWT :
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ
اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian
kepada tali Allah ( agama Islam ), dan janganlah kamu berpecah belah
( Surah Ali Imran Ayat 103 )
Berdasarkan firman Allah
Taala di atas, kita dapat memahami kewajipan kita supaya bersatu dan jangan
berpecah. Allah memberi kita satu garis panduan perlunya kesatuan umat Islam
dalam dunia ini agar dapat membendung segala mafsadah jika perpecahan umat islam
berlaku.
Ulama berpendapat, ayat
di atas menunjukkan bahawa
persaudaraan itu adalah persaudaraan yang lahir dari takwa dan Islam yang
menjadi tiang seri yang pertama, iaitu tiang seri yang berasaskan pegangan yang
kukuh dengan tali Allah, iaitu dengan perjanjian-Nya, sistem-Nya dan agama-Nya.
Ia bukannya persaudaraan yang lahir semata-mata bermasyarakat berlandaskan
sesuatu fahaman yang lain atau kerana sesuatu matlamat yang lain atau
persaudaraan yang berasaskan pegangan pada sesuatu tali yang lain dari tali-tali
jahiliah yang banyak.”
Tambahan daripada itu, jika kita singkap sirah nabi, kita
dapat lihat betapa Rasulullah mengambil berat berkaitan kesatuan ataupun
persaudaraan di antara umat Islam ketika itu. Ikatan persaudaraan yang diikat
antara kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah atas dasar taqwa membawa kepada
kesatuan umat Islam Madinah yang menjadi negara Islam pertama seterusnya
menjadi titik tolak kekuatan dan kebangkitan umat Islam ketika itu setelah di
tindas hebat ketika berada di Mekah. Natijah dari kesatuan tersebut, kita dapat
lihat, pembukaan Kota Mekah berlaku tanpa sebarang pertumpahan darah.
Oleh
itu, di zaman modenisasi ini, kita kehilangan sistem pemrintahan Islam sekian
lamanya. Hilangnya pemerintahan Islam yang menjadi lambang kesatuan umat Islam
menyebabkan umat Islam berpecah belah dan sering ditinda. Oleh itu, kepentingan membina kembali
kesatuan Islam itu haruslah di ambil perhatian. Segala anasir perpecahan
haruslah dicegah agar kesatuan Islam dapat dikekalkan.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Perumpamaan
orang Mukmin dalam hal kasih sayang adalah seperti satu tubuh, apabila satu
anggota badan merintih kesakitan, maka sekujur badan akan merasakan panas dan
demam.” [HR Muslim]
BKASM
yang menjadi wadah kesatuan anak Selangor di bumi Mesir ini haruslah kita
pertahankan. Tali persaudaraan yang terjalin membuktikan kesatuan kita ini
sentiasa utuh mengikut peredaran masa. Kebersamaan di antara barisan pimpinan
dan ahli haruslah diperkuat. BKASM bukan terbina semata-mata untuk pimpinan
bahkan ahli juga terlibat sama. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjayakan
segala program dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh BKASM agar keteribatan
ukhuwah kita diperkuat dan sentiasa bersama dan bersatu merentasi pelbagai
cabaran bagi memastikan kesatuan yang kita sayangi ini sentiasa relevan dan
dirahmati Allah.
Disediakan oleh,
Mohd Azrollnaim Bin Arshad
Ketua Lajnah
Penerangan & Penerbitan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
Sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan