LGBT MENYANGGAH FITRAH MANUSIA - Tinta Jumaat Siri 3
Allah
berfirman di dalam Al-Quran:
“ Sungguh kamu telah melampiaskan syahwatmu
kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang
melampaui batas “ ( Al A’raf: 81 )
Ayat ini menunjukkan bahawasanya
Allah S.W.T. mengutuk hambaNYA yang berkelakuan songsang iaitu melakukan
hubungan sejenis. Ini menunjukkan bahawasanya Islam amat mementingkan tingkah
laku umatnya agar sentiasa mengikut syarak dan tidak lari dari fitrah kita
sebagai manusia.
Lesbian, Gay, Biseksual, dan
Transgender atau akronimnya sebagai LGBT,
ia juga dianggap sebagai satu penyakit mental, kerana telah melawan fitrah.
Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan sebagaimana
telah diciptakan oleh Allah. Lelaki pasangannya adalah perempuan,begitu juga
dengan haiwan.Melalui perkara berikut dapat kita simpulkan setiap makhluk yang
diciptakan oleh Allah di muka bumi ini berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah
setiap ciptaan Yang Maha Esa. Isu LGBT ini bukanlah
suatu isu yang baru timbul bahkan sudah lama menjadi parasit dalam masyarakat
dunia sejak dari dahulu lagi.
Sejarah telah membuktikan bahawa golongan seperti LGBT
ini tidak diterima oleh Allah. Hal ini telah dibuktikan melalui sejarah yang
telah berlaku pada zaman Nabi Lut A.S Beliau diutuskan oleh Allah untuk kaum
yang sangat degil dan selalu membuat bencana. Keinginan dan aktiviti kaum tersebut
ini sangat aneh. Mereka gemar melakukan rompakan dan samun di tengah jalan.
Bagi golongan lelaki kaum Lut ini, mereka tidak mempunyai keinginan terhadap
kaum wanita walaupun sedikit, malah mereka lebih tertarik kepada lelaki. Mereka
tidak akan berkahwin kecuali dengan pasangan yang sama jenis jantinanya.
Akhirnya Allah S.W.T. memusnahkan kaum ini dengan mendatangkan satu bencana
besar yang amat dahsyat kepada kaum Lut. Mereka ditimpa hujan yang
menghancurkan mereka.
Di Malaysia pula, golongan ini cuba memasuki negara
kita dengan secara halus melalui Non Govermant Organization (NGO) yang
bergerak secara halus atas dasar penegak hak asasi manusia. Bahkan, mereka
disokong oleh individu yang berpengaruh dalam negara kita mahupun luar negara untuk
merealisasikan tujuan gerakan mereka tersebut iaitu kebebasan mengamalkan LGBT.
Hal ini sungguh meruncingkan kerana LGBT ini bukan sahaja merosakkan
syakhsiah individu, bahkan yang lebih teruk lagi, ia akan memusnahkan sistem
umat islam itu sendiri. Kita dapat lihat, banyaknya penyakit-penyakit yang
merbahaya seperti HIV ini muncul hasil dari pengamalan LGBT ini.
Firman Allah S.W.T.
“ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia
dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala
yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala
yang diperintahkan. “
Kesimpulannya, Islam
menggalakkan kebaikan dan menegah kemungkaran. Sama-samalah kita memelihara
diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.
Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok.
Yakinilah bahawa setiap cabaran dan usaha ada penyelesaiannya. Wallahu a’lam.
Wallahu a’lam
“ Memurnikan
Pemikiran Meribat Kesatuan “
Disediakan oleh:
Ahmad Luqman bin Zainal Abidin
Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan