PERTEMUAN YDP-YDP BKAN BERSAMA PIHAK MARKAZ BAHASA UNIVERSITI AL-AZHAR
11 NOVEMBER 2015 - KAHERAH, Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bersama Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) dan Yang di Pertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah membuat pertemuan bersama pihak Markaz Bahasa Universiti Al-Azhar bagi mendapatkan penjelasan dan membincangkan perubahan tempoh waktu pembelajaran untuk pelajar peringkat (mutaqaddim awal) dipanjangkan selama tiga bulan berbanding sebulan.
Pekara ini telah menimbulkan keresahan di peringkat pelajar dan pihak kami mengambil tindakan segera untuk berjumpa dengan pihak Markaz Bahasa. Justeru itu, kunjungan YDP-YDP Badan Kebajikan Anak Negeri adalah untuk memanjangkan perkara ini serta mengambil keterangan berkaitan dengan perubahan sistem waktu pembelajaran di Markaz Bahasa. Pihak Markaz Bahasa telah memberi respon yang amat baik terhadap perkara ini serta memberi peluang kepada pelajar untuk membuat bantahan terhadap keputusan ini.
Pihak Markaz menjelaskan bahawa penyusunan kelas selama 2 jam sehari adalah untuk menyelaraskan tarikh tamat pengajian tanpa ada pertambahan yuran kerana pembayaran yuran adalah mengikut peringkat (mustawa) bukan mengikut bulan.
Oleh itu, kami berharap agar semua pelajar markaz bahasa agar bersabar dan tidak melakukan tindakan terburu-buru untuk memastikan keadaan terkawal seperti biasa.
" Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan "
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Terbaik💪
BalasPadam