ISU SEMASA : TPPA : TRANSPASIFIC PARTNERSHIP AGREEMENT
Persoalan mengenai Transpasific
Partnership Agreement atau TPPA telah mendapat liputan yang amat meluas dalam
negara. Rakyat segenap peringkat juga banyak berbicara mengenainya. Pada
November 2015,Majlis Tindakan Ekonomi Melayu(MTEM) antara pihak yang berautoriti
menyuarakan pendapat mereka dalam meminta semakan kehakiman dilakukan ke atas
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Perindustrian (MITI). Tuntutan mereka berputar pada dua tuntutan
iaitu meminta didedahkan isi perjanjian kepada umum untuk dinilai dan kedua
adalah permintaan agar Perdana Menteri tidak menandatangani perjanjian TPPA
tersebut. TPPA dilaporkan akan dilaksanakan di 12 buah negara dan persoalan ini
masih diberi ruang samada mahu menerima atau menolak.
1. PERSOALAN
GEOPOLITIK
Perlu difahami
bahawa TPPA bukanlah berkisar pada perjanjian perdagangan sahaja tetapi ia
berkisar tentang geopolitik dan kepentingan negara. Itulah persoalan yang
paling utama. Pertembungan dan persaingan ekonomi antara 2 kuasa besar dunia
iaitu Amerika Syarikat dan China mahu mencari pengaruh antara faktor terbesar
perkara ini berlaku.
2. PERSOALAN
POLITIK/ POLITICAL ECONOMY
Ada beberapa
pihak berautoriti seperti MTEM sendiri menyuarakan kebimbangan sekiranya
perjanjian ini dilaksanakan. Kesan yang dijangka berlaku adalah sekitar 5
hingga 10 tahun akan datang. Perkara ini juga berkaitan dengan keyakinan kepada
kemampuan kerajaan Malaysia sendiri menangani masalah ini atau negara bakal
hilang kedaulatan akibat dipengaruhi kuasa asing yang jelas mahu menguasai ekonomi
negara lain demi survival mereka.
3. PERJANJIAN
BERSIFAT UNDANG-UNDANG
Dilaporkan TPPA
turut mempunyai peguam yang telah menyiapkan dokumen untuk dikehadapankan pada
negara-negara yang bakal menandatangani perjanjian ini. Ini menjadi persoalan
adakah TPPA didasari konsep "same-playing field" atau tidak dari
sudut "interest and capabilities". Saksamakah perjanjian ini pada
negara yang bersama perjanjian ini? Inilah yang diragui.
4. KAITAN TPPA DAN
ASET NEGARA
Beberapa
pendedahan dari pihak MTEM menjelaskan isi perjanjian TPPA yang terlalu banyak
dan sulit. Antaranya 30 isi perjanjian yang disebut adalah "Competition
Estate of Enterprise". Perlu difahami ini adalah berkaitan aset besar
negara iaitu GLC. Antara syarikat yang berkepentingan adalah PETRONAS, Sime
Darby, CIMB, Maybank.
5. FAEDAH
TPPA
Hasil kajian
beberapa pihak, hanya 2 pihak yang mengatakan TPPA bakal memberi impak yang
baik. Namun fakta masih samar dan diragui. Antaranya dari Peterson Institute
Report dan laporan dari web MITI sendiri. Kesan TPPA bukan sahaja akan
ditanggung oleh negara yang bersama perjanjian ini, namun kesan serantau juga.
Kita mungkin tidak merasakan impak yang besar pada permulaannya namun generasi
akan datang akan menerima kesan akibat sikap tidak endah kita. PANDANGAN ISLAM
DARI SUDUT KAEDAH FIQHIAH ﺩﺭﺀ ﺍﻟﻤﻔﺎﺳﺪ ﺃﻭﻟﻰ ﻣﻦ ﺟﻠﺐ ﺍﻟﻤﺼﺎﻟﺢ "Menolak
keburukan lebih utama dari mendapatkan maslahah"
Setelah diteliti
dan dilihat dari pelbagai sudut, maka menolak perjanjian yang tidak diketahui
kesannya akan datang lebih baik dari menerima kebaikan yang sementara. Islam
menitikberatkan penelitian dan pengkajian yang mendalam apabila datang sesuatu
perkara yang tidak diketahui kesannya. Semoga negara kita menjadi negara yang
berdaulat dan mengikut lunas-lunas perlembagaan yang tidak menggadaikan masa
depan negara.
Sumber:
MTEM
Web MITI
"Besama
Bersatu Mendepani Isu"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Unit Penerangan dan Informasi
Lajnah Penerangan
dan Penerbitan
BKASM sesi
2015/2016
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan