Kenyataan YDP BKASM Terhadap Isu BKPJM
Berikutan isu yang berlaku terhadap Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM), Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) melahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap Mahasiswa Johor khususnya ahli Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM).
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) membantah sekeras-kerasnya tindakan zalim
yang dilakukan ke atas BKPJM dan Kita BKASM juga, menuntut kepada pihak
terbabit untuk memohon maaf atas salah laku dan membuat rundingan bersama
pimpinan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) untuk
menyelesaikan kemelut yang berlaku ini.
Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) juga menyeru seluruh mahasiswa dan ahli
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) khususnya, untuk menyatakan
solidariti bersama Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) dalam
mempertahankan hak yang telah ditindas.
Rentetan
itu, kita akan melaksanakan Solat Sunat Hajat selama seminggu berturut-turut
selepas solat maghrib di Musolla Rumah Selangor Hayyu Asyir.
Kita BKASM
mengharapkan seluruh mahasiwa Malaysia Mesir terus bermunajat supaya Allah
menunjukkan kebenaran.
" Bersama Bersatu Mendepani Isu "
" Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
Asraf bin Alias
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
Sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan