NETBALL GAME - Mengikat Hati Bersama BKAN Taakhi

30 JULAI 2016, KAHERAH - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 di bawah kelolaan Lajnah Kesenian dan Sukan telah mengadakan satu sukan berbentuk santai iaitu perlawanan persahabatan bola jaring bersama BKAN taakhi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang melibatkan peserta akhawat sahaja. Perlawanan yang diadakan secara kalah mati ini telah melibatkan empat kumpulan, dua kumpulan mewakili setiap BKAN. Antara fokus utama pelaksanaan aktiviti sukan ini adalah untuk menyediakan medium bersukan khususnya bagi ahli di samping untuk merapatkan ukhuwah antara ahli BKASM juga dengan ahli BKAN taakhi, serta dapat melahirkan pelapis yang berbakat dalam sukan-sukan tertentu. Perlawanan antara keduanya sangat sengit menyaksikan mata yang diperolehi hampir menyamai antara kedua-dua kumpulan. Perlawanan diakhiri dengan kemenangan secara keseluruhan daripada pemain Melaka. Walaupun begitu, kesemua tetap bersemangat hingga ke a...