AIDILFITRI : MANIFESTASI KESYUKURAN - Tinta Jumaat siri ke 30
Bulan Syawal kembali menjelma. Seluruh peringkat
generasi dan latar belakang sama ada tua, muda, miskin dan kaya semuanya
bergembira meraikan kedatangan bulan yang penuh mulia ini. Aidilfitri jika kita
amati secara menyeluruh dan mendalammerupakan hari kegembiraan bagi menyambut
kemenagan demi kemenangan yang telah digapai oleh umat Islam.
Kegembiraan
yang pertama ialah keberhasilan kita sebagai Umat Islam dalam menempuhi bulan
Ramadan.
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من
صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه"
Daripada Abu Hurairah R.A berkata Rasulullah S.A.W
bersabda : “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah dan diampunkan dosa-dosa yang dilakukan sebelum
itu.”
Tiada
apa yang diharapkan oleh seorang hamba daripada Tuhannya melainkan pengampunan
dan keredhaan Allah yang berpanjangan. Sebulan Ramadan si hamba melaksanakan
perintah Tuhannya dengan harapan supaya diampunkan dosa dan digolongkan dalam
kalangan orang yang berjaya dan bertaqwa. Oleh itu, pada hari Aidilfitri ini,
seharusnya kita koreksi dan muhasabah kembali dalam diri ini mengenai bulan
Ramadan yang lepas bagi menjadi satu batu loncatan untuk kita tetap terus
istiqamah dalam amal dan ibadah kita sehingga bertemu Ramadan akan datang.
Kegembiraan
yang seterusnya ialah kejayaan melakukan ketaatan dan juga kemerdekaan umat
Islam dari seksaan api neraka. Kegembiraan ini dirasai pada akhir Ramadan dan
ia merupakan kejayaan yang yang sempurna kerana telah diberi petunjuk untuk
melakukan ketaatan dan kewajipan kepada Allah S.W.T sepanjang bulan Ramadan.
Allah telah merakamkan kalamNya di dalam Al-quran :
يصلح لكم أعملكم ويغفرلكم ذنوبكم . ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا
عظيما
Maksudnya :”Supaya ia memberi taufiq dengan menjayakan
amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang
taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai
sebesar-besar kejayaan.” ( Surah Al-Ahzab : 71 )
Pada
hari Aidilfitri, Allah mengampunkan dosa hamba-hambaNya dan menjadikan setiap
dari hambaNya kembali kepada fitrah yang asal. Fitrah manusia yang hidup
bertuhan dan terus mengesakan Allah. Kemerdekaan juga boleh dikatakan bebas
dari belenggu syahwat dan gangguan syaitan yang akhirnya menjadikan kita
seorang muslim yang rabbani.
Justeru, Aidilfitri perlu disambut dengan pemuh
kesederhanaan dan kesyukuran bukan dengan perkara yang melalaikan disamping
tidak melupakan saudara-saudara Islam kita yang dizalimi. Moga Aidilfiri kali
ini menjadi satu titik tolak untuk umat Islam terus kuat dan bersatu di seluruh
dunia.
تقبل الله نما ومنكم
وصالح الأعمال
“ Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan “
Disediakan oleh :
Aisyah
binti Mhd Shukeri
Timbalan
Ketua Lajnah Kesenian & Sukan
BKASM sesi
2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan