BKASM MELEBAR SAYAP : Kunjung Hormat BKASM bersama MPM KUIZM - Memperkukuh Hubungan Dua Hala

30 Ogos 2016, Selangor - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (MPMK) yang bertempat di KUIZM, Taman Melewar. Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua I BKASM dan saudara Mohd Nazim bin Bahnan yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKASM (JATA). Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPMK yang diketuai oleh saudara Umar Sufee bin Nasaruddin, Presiden MPMK. Turut meraikan Kunjung Hormat ini ialah wakil daripada Pentadbiran KUIZM sendiri iaitu Ustaz Norhan bin Hamsi yang merupakan Penolong Rektor 2 ( Hal Ehwal Pelajar ) KUIZM. Kunjung Hormat ini merupakan yang pertama dijalankan di antara BKASM dan MPMK sebagai usaha awal untuk membina hubungan kedua-dua pihak. Selain itu, untuk menjayakan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati ber...