JAULAH '16 - Menelusuri Sejarah di Kota Seribu Menara
13 Ogos 2016, KAHERAH - Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi baru Selangor (USMB'16) dengan kerjasama Lajnah Sambutan & Rehlah BKASM 2015/2016 telah mengadakan aktiviti jaulah ke lima tempat perlancongan sekitar Kaherah Mesir.
Antara objektif utama diadakan JAULAH'16 ini bertujuan mngukuhkan lagi ukhwah antara mahasiswa/wi baru serta menghayati sejarah peradaban Mesir sebagai kota peradaban terawal dunia.
Seramai 128 orang mahasiswa/wi baru sesi 2016/2017 diiringi beberapa Jawatankuasa Pelaksana JAULAH '16 dan AJKT BKASM telah menyertai jaulah ini.
Untuk Jaulah ini, pergerakan peserta ikhwah dan akhwat adalah pada waktu yang sama tetapi berbeza kerana urutan destinasi. Perjalanan di belah ikhwah bermula dari Kubu Salahuddin Al Ayubi hingga ke Masjid Amru al As, manakala di belah akhwat bermula dari Masjid Amru al As hingga Masjid ibn Tulun. Untuk belah ikhwah, destinasi yang pertama adalah Kubu Salahuddin Al Ayubi. Di sana, para mahasiswa baru dapat mengetahui perjalanan sejarah yang hebat serta dapat melihat pelbagai senjata peperangan yang yang digunakan sama ada di darat, udara mahupun air. Seni binaan bangunan di sana juga amat menarik dan strategik dengan sejarah yang tersendiri. Di belah akhwat pula, mereka menuju ke Masjid Amr al As. Di sana, mereka dihidangkan dengan pemandangan bersejarah yang mana masjid tersebut merupakan masjid tertua di Mesir yang dibina oleh sahabat Nabi iaitu Amr al As.
Kemudian peserta ikhwah meneruskan perjalanan ke Masjid lmam Hassan & Masjid Rifaie, manakala peserta akhwat bergerak ke Kubu Salahuddin Al Ayubi dan terus sahaja ke Masjid lmam Hassan & Masjid Rifaie, sementara peserta ikhwah berada di Masjid ibn Tulun.
Selepas itu, peserta akhawat singgah di Masjid ibn Tulun untuk mendirikan solat zohor dan makan tengah hari sambil ziarah masjid yang mana seni binanya amat unik sekali untuk dilihat. Peserta ikhwah pula berbuat demikian di Masjid Amru al As.
Tepat jam tiga petang pelajar-pelajar bersiap menuju ke Asrama Selangor Hayyu Asyir untuk perjalanan pulang dan telah sampai sebelum asar dengan selamat.
JAULAH '16
Urus Setia Mahasiswa Baru (USMB '16) dengan Kerjasama Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan