BKASM MELEBAR SAYAP : Kunjung Hormat BKASM bersama MPM KUIZM - Memperkukuh Hubungan Dua Hala





30 Ogos 2016, Selangor - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Kunjung Hormat bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (MPMK)  yang bertempat di KUIZM, Taman Melewar.

Kunjung Hormat ini, BKASM telah diwakili oleh saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, selaku Timbalan Yang Dipertua I BKASM dan saudara Mohd Nazim bin Bahnan yang merupakan Ketua Jabatan Fasilitator BKASM (JATA). Pihak MPMK pula telah diwakili oleh 6 orang Ahli Majlis Tertinggi MPMK yang diketuai oleh saudara Umar Sufee bin Nasaruddin, Presiden MPMK. Turut meraikan Kunjung Hormat ini ialah wakil daripada Pentadbiran KUIZM sendiri iaitu Ustaz Norhan bin Hamsi yang merupakan Penolong Rektor 2 ( Hal Ehwal Pelajar ) KUIZM.

Kunjung Hormat ini merupakan yang pertama dijalankan di antara BKASM dan MPMK sebagai usaha awal untuk membina hubungan kedua-dua pihak. Selain itu, untuk menjayakan usul BKASM bagi sesi ini yang telah disepakati bersama.

Pertemuan ini telah dimulai dengan ucapan aluan daripada Ustaz Norhan bin Hamsi yang telah memperkenalkan kepada peringkat BKASM berkaitan KUIZM dari sejarah penubuhannya, struktur pentadbiran, sistem pendidikan dan usaha-usaha peringkat KUIZM. Ustaz Norhan juga turut mengalu-alukan sebarang kerjasama yang ingin dijalankan BKASM dengan MPMK mahupun dengan pentadbiran KUIZM sendiri.

Seterusnya, sesi perkenalan di antara BKASM dan MPMK dengan dimulakan perkenalan berkaitan MPMK dari segi sejarahnya, struktur organisasi, program yang dijalankan dan lain-lain perkara.

Dalam Kunjung Hormat ini juga turut dibincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara BKASM dan MPMK. Antara yang dicadangkan ialah perkongsian tentang sistem pendidikan. Seterusnya, kerjasama dalam penganjuran program secara bersama.

Diakhir kunjungan ini, pihak BKASM telah menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda kerjasama kedua-dua pihak. Pihak BKASM juga turut menerima sedikit buah tangan dari pihak KUIZM. Seterusnya, pihak MPMK juga turut membawa pihak BKASM melawat bangunan kompleks KUIZM.

Akhirnya, semoga dari kunjungan ini dapat membuahkan natijah yang baik dan dapat memberi manfaat kepada BKASM juga MPMK. Semoga usaha yang murni dapat diperkasakan lagi di masa akan datang dan mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

''Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG