Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

STRUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKASM SESI 2016/2017

Imej
Berikut adalah struktur organisasi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017. Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir ikhwah : Muhamad Nazif bin Shaari (Yang Dipertua) Aiman Fitry bin Zulkifli (Timbalan Yang Dipertua I) Muhammad Auzaie bin Roslan (Setiausaha Agung) Mohd Azrollnaim bin Arshad (Timbalan Setiausaha Agung I) Muhamad Nasrul bin Jamal (Bendahari Kehormat) Mohamad Luqman bin Mohamad Jasmi (Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah) Muhammad Faiz bin Othman (Ketua Lajnah Pendidikan) Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi (Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan) Khairul Adha bin Hamdzani (Ketua Lajnah Kebajikan) Muhammad Hazim bin Mustafid (Ketua Lajnah Ekonomi) Nabil Rusyaidi bin Ramli (Ketua Lajnah Penempatan dan Perumahan) Luqmanulhafiz bin Mohd Amir (Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah) Khalif bin Idrus (Ketua Lajnah Kesenian dan Sukan) Senarai Ahli Jawatankuasa Tadbir Akhawat : Aisyah binti Mhd Shukeri (Tim...

MAT'41 Meneruskan Legasi Mahasiswa Islam

Imej
15 OKTOBER 2016, KAHERAH –  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Program ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun muhafazah dengan kehadiran ahli yang  sangat memberangsangkan iaitu seramai 247 ahli akhawat dan 188 ahli ikhwah. Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan mesyuarat sebagai medium dalam menyuarakan pandangan, cadangan serta muhasabah untuk penambahbaikan gerak kerja akan datang serta mengeratkan ukhuwah antara pimpinan dan ahli melalui aktiviti-aktiviti serta mesyuarat yang diadakan. Sebelum berlangsungnya MAT'41, beberapa aktiviti Road to Mat yang berjaya dijalankan antaranya Sweet'16 yang merupakan program khusus untuk akhawat , sukan futsal di sebelah ikhwah, tazkirah subuh khas serta medan kalam khas. Hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41, program...

Kenyataan YDP BKAN : Rondaan Hisbah dan JAKSI Dilaksanakan Berperingkat

Imej
Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan yang sentiasa aktif menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di bumi Mesir sama ada melalui mekanisme biah solehah, pendidikan, kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Baru-baru ini, Unit Hisbah di peringkat BKAN telah mengadakan pertemuan bersama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PERUBATAN. Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bagi membantu menjaga keadaan keselamatan dan biah solehah dalam kalangan mahasiswa Malaysia di sini. Hal ini disebabkan peringkat BKAN telah menerima beberapa aduan kes keselamatan dan gangguan seksual terutamanya melibatkan penempatan mahasiswa Malaysia disini. Antaranya di kawasan Hayyu Sabiek, Hayyu Asyir dan beberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia. Susulan daripada tindakan tersebut, peringkat  Majlis Yang Dipertua BKAN bersetuju untuk mengadakan rondaan yang diwakili oleh semua Unit Hisbah BKAN dengan kerjasama JAKSI PERUBATAN dalam membante...

KUNJUNG HORMAT – PERTEMUAN RASMI WAKIL BKASM BERSAMA PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Imej
4 Oktober 2016 , SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Y.bhg SS. Dato' Haris bin Kasim di Ibu Pejabat Pengarah JAIS, Shah Alam. Pertemuan ini telah diwakili oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua I BKASM, dan Saudara Muhamad Nasrul bin Jamal.  Pertemuan ini dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas BKASM mengenai objektif penubuhan  BKASM antara yang menjadi utama adalah memastikan anak Selangor yang berada di Mesir mendapat kebajikan yang berterusan. Dato' Haris juga turut membentang berkaitan peranan JAIS dalam memastikan kelangsungan dakwah Islam di Negeri Selangor. Dalam pertemuan ini, beberapa isu telah dibangkitkan antaranya berkaitan isu penghantaran  pelajar ke Mesir. Dato' Haris berpandangan supaya penghantaran pelajar ke Mesir perlu diteruskan kerana melihat peranan mahasiswa/wi keluaran Mesir sebelum ini, banyak membantu kerja-k...

HIJRAH MENUJU KEJAYAAN

Imej
2 OKTOBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah mengadakan sambutan Awal Muharram 1438 Hijrah bertempat di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir.                  Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memperingati sirah perjuangan dan penghijrahan Rasulullah S.A.W. dalam mendaulatkan syiar Islam di atas muka bumi ini. Hal ini bertepatan dengan tema program “ Menelusuri Sirah Penghijrahan Rasulullah S.A.W ”.                 Program telah dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Qur’an sekitar jam 5.15 petang hingga beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib. Majlis tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua ahli.                 Seterusny...