MAT'41 Meneruskan Legasi Mahasiswa Islam

15 OKTOBER 2016, KAHERAH –  Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41 yang telah diadakan di Asrama Rumah Selangor. Program ini telah melibatkan seluruh ahli BKASM yang berada di Mesir sama ada di Kaherah mahupun muhafazah dengan kehadiran ahli yang  sangat memberangsangkan iaitu seramai 247 ahli akhawat dan 188 ahli ikhwah.

Antara objektif program ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan mesyuarat sebagai medium dalam menyuarakan pandangan, cadangan serta muhasabah untuk penambahbaikan gerak kerja akan datang serta mengeratkan ukhuwah antara pimpinan dan ahli melalui aktiviti-aktiviti serta mesyuarat yang diadakan.

Sebelum berlangsungnya MAT'41, beberapa aktiviti Road to Mat yang berjaya dijalankan antaranya Sweet'16 yang merupakan program khusus untuk akhawat , sukan futsal di sebelah ikhwah, tazkirah subuh khas serta medan kalam khas.

Hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41, program dimulakan dengan perasmian oleh Ustaz Mohd. Yasser bin Abdul Ghani di Musolla Darul Ehsan. Tamat perasmian, para ahli mesyuarat bergegas ke tempat mesyuarat mengikut tempat yang ditetapkan iaitu Musolla Darul Ehsan ditempatkan bagi ikhwah manakala akhawat di Sutuh Rumah Selangor.

Agenda besar mesyuarat yang telah dilaksanakan ialah pengesahan Minit mesyuarat kali ke 40 oleh Jabatan Setiausaha, pembentangan laporan bagi setiap Lajnah dan Jabatan BKASM, pembentangan usul dan muhasabah dan cadangan umum daripada ahli kepada BKASM yang mendapat respon yang sangat baik daripada ahli mesyuarat.

MAT'41 seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ahli bagi anugerah khas iaitu Tunas Harapan, Aktivis BKASM, Ilmuwan Muda dan Srikandi Itqan. Sebelum pengumuman AJKT baru daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya BKASM 2016( SPR'16), ucapan penutupan daripada wakil penasihat dan AJKT telah disampaikan bagi menutup tirai bahtera BKASM sesi 2015/2016.

Agenda yang dinantikan iaitu pengumuman AJKT baru daripada SPR'16 yang disampaikan oleh ustaz Salehuddin bin Hatwi. Seramai 9 orang calon AJKT ikhwah dan 8 orang AJKT akhawat telah memenangi pilihanraya manakala Yang Dipertua menang tanpa bertanding. MAT'41 telah diakhiri dengan nyanyian lagu PMRAM dan lagu Bersatu Berbakti.

Semoga semua ahli dapat merapatkan hubungan silaturrahim serta mendapat manfaat dan diharapkan program sebegini dapat meneruskan survival legasi pimpinan dan ahli.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

MAT'41
BKASM sesi 2015/2016

#MAT41
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG