KUNJUNG HORMAT – PERTEMUAN RASMI WAKIL BKASM BERSAMA PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

4 Oktober 2016 , SHAH ALAM – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir telah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Y.bhg SS. Dato' Haris bin Kasim di Ibu Pejabat Pengarah JAIS, Shah Alam. Pertemuan ini telah diwakili oleh Saudara Muhammad Hafiz bin Rasimi, Timbalan Yang Dipertua I BKASM, dan Saudara Muhamad Nasrul bin Jamal. 

Pertemuan ini dimulakan dengan sesi pengenalan ringkas BKASM mengenai objektif penubuhan  BKASM antara yang menjadi utama adalah memastikan anak Selangor yang berada di Mesir mendapat kebajikan yang berterusan. Dato' Haris juga turut membentang berkaitan peranan JAIS dalam memastikan kelangsungan dakwah Islam di Negeri Selangor.

Dalam pertemuan ini, beberapa isu telah dibangkitkan antaranya berkaitan isu penghantaran  pelajar ke Mesir. Dato' Haris berpandangan supaya penghantaran pelajar ke Mesir perlu diteruskan kerana melihat peranan mahasiswa/wi keluaran Mesir sebelum ini, banyak membantu kerja-kerja dakwah di Negeri Selangor. Maka, tidak menghantar pelajar belajar di Mesir seolah-olah cuba menghentikan kesinambungan dakwah di Selangor. Dan beliau akan berusaha untuk meneruskan penghantaran pelajar ke Mesir.

Selain daripada itu, antara isu yang hangat diperbincangkan ialah berkaitan pembelian asrama Selangor yang baru di Mesir. Hal ini kerana bilangan pelajar Selangor yang sangat ramai menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi disamping jumlah pelajar yang datang semakin meningkat. Maka, sebuah asrama yang baru perlu diusahakan bagi mengatasi masalah ini.

Dato' Haris dalam ucapannya juga sangat menggalakkan supaya BKASM dapat meneruskan lagi program amal Islami dengan terjun kepada masyarakat di Negeri Selangor, terutamanya kepada mahasiswa/wi yang pulang bercuti sebagai memberi latihan kepada mereka. Beliau juga memaklumkan JAIS sedia membantu dari segi kewangan untuk pelaksanaan aktiviti BKASM di Negeri Selangor.

Di akhir pertemuan, Dato' Haris menyatakan ucapan terima kasih dan berbesar hati dengan pertemuan yang diadakan. Beliau juga berharap kepada pihak BKASM untuk sentiasa berhubung dengan JAIS terutama berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar Selangor.

Pihak BKASM mengucapkan terima kasih kepada Dato' Haris atas kesudian menerima kehadiran BKASM. Semoga hubungan rasmi ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi meneruskan lagi agenda kebajikan kepada mahasiswa/wi Selangor di Bumi Kinanah.

"Memurnikan Pemikiran Meribat Kesatuan"

BKASM sesi 2015/2016

#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RISALAH DAKWAH TERBITAN FEBRUARI - ASLIH NAFSAK WAD’U GHAIRAK

Kalam Yang Dipertua : Isu Pertahankan Diri ; Ikuti Apa Yang Diajar Oleh Islam

ISU ANTARABANGSA: PARIS ATTACKS ; KONTROVERSI ISLAMOFOBIA YANG BERULANG