HIJRAH MENUJU KEJAYAAN
2 OKTOBER 2016, KAHERAH – Badan
Kebajikan Anak Selangor Mesir di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah telah
mengadakan sambutan Awal Muharram 1438 Hijrah bertempat di Musolla Darul Ehsan,
Hayyu Asyir.
Antara
objektif pelaksanaan program ini adalah bagi memperingati sirah perjuangan dan
penghijrahan Rasulullah S.A.W. dalam mendaulatkan syiar Islam di atas muka bumi
ini. Hal ini bertepatan dengan tema program “ Menelusuri Sirah Penghijrahan
Rasulullah S.A.W ”.
Program
telah dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Qur’an sekitar jam 5.15 petang hingga
beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib. Majlis tersebut dapat dijalankan
dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua ahli.
Seterusnya
program diteruskan lagi dengan Tazkirah perdana sempena Awal Muharram yang
bermula pada jam 6.20 petang hingga jam 7.30 malam. Tazkirah disampaikan oleh
Ustaz Amar Arif bin Ahmad Po’aad, Mantan Timbalan Yang Dipertua KPIPM. Kehadiran
ahli sangat baik sehingga memenuhi setiap ruang yang disediakan bgi ikhwah
mahupun akhawat. Antara intipati tazkirah yang disampaikan adalah politik yang dijalankan
oleh Nabi S.A.W. setelah hijrah baginda S.A.W. ke Madinah adalah berkonsepkan
dakwah. Pengorbanan para sahabat baginda S.A.W. sebagai tulang belakang
perjuangan baginda S.A.W juga telah berjaya merealisasikan misi mendirikan
Dulah Islamiyyah yang begitu kukuh dan ampuh dengan pemantapan akidah dan syariah. Walaupun
tiada lagi hijrah selepas pembukaan Mekah namun peristiwa hijrah Nabi S.A.W.
boleh diambil dan diaplikasi sebagai kekuatan dan ibrah dalam meniti kehidupan
dan perjuangan demi memartabatkan Islam kembali. Kemudian Yang Dipertua BKASM
telah menyampai hadiah kepada pentazkirah. Setelah selesai solat Isya’, hadirin
menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur program.
Harapan
dari pihak penganjur, kami mengharapkan melalui program yang dijalankan ini
dapat membina kekuatan dalaman mahupun luaran dalam berusaha mencontohi
keperibadian dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Allah S.W.T
sendiri telah merakamkan dalam Al-Qur’an bahawa baginda s.a.w. itu sendiri
adalah sebaik-baik contoh ikutan. mengambil
ibrah seterusnya meningkatkan kesedaran dalam usaha mendalami dan menghayati perjuangan
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Disediakan oleh
:
:
Afifah binti Ahmad Mahir
Timbalan Setiausaha
Sambutan Awal Muharram 1438H
BKASM sesi 2015/2016
Timbalan Setiausaha
Sambutan Awal Muharram 1438H
BKASM sesi 2015/2016
Ulasan
Catat Ulasan