Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Talkshow Bersama Graduan : Pemangkin sebuah kejayaan

Imej
21 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan “Talkshow bersama Graduan yang bertajuk “Maan Nanjah”  bertempat di Sutuh Rumah Selangor, Hayyu Asyir.          Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan motivasi dan semangat dalam diri ahli BKASM untuk bersama-sama mencapai kejayaan dalam akademik.         Talkshow bersama Graduan yang bertajuk “Maan Nanjah” telah bermula pada pukul 8.00 malam. Antara ahli panel yang dijemput adalah dalam kalangan graduan ikhwah dan akhawat iaitu Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, graduan Bahasa Arab manakala Nor Jannah binti Omar selaku graduan Syariah Islamiah bersama moderator Khairul Zaim bin Mohd Baharin serta Talkshow ini berakhir pada jam 10.00 malam.       Dalam talkshow ini juga ahli panel banyak memberi perkongsian bagaimana cabaran, ujian dan pengalaman yang mere...

IFTAR MAHABBAH : MEDAN MERIBAT KEBERSAMAAN

Imej
IFTAR MAHABBAH : MEDAN MERIBAT KEBERSAMAAN 21 OKTOBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 di bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Lajnah Penempatan dan Perumahan telah mengadakan  program Iftar Mahabbah bertempat di Asrama Rumah Selangor,Hayyu Asyir.         Bertetapan dengan tema BKASM “Memurnikan Pemikiran Meribat Kersamaan” program ini dilaksanakan bagi mengaplikasikan konsep ukhuwah sekaligus meribat kebersamaan antara ahli serta mampu melatih ahli dalam menghidupkan sunah-sunah Rasulullah S.A.W. dalam konteks yang pelbagai antaranya ziarah-menziarahi dan puasa sunat.         Program ini dimulakan dengan Iftar Mahabbah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Di samping itu, sesi taaruf juga diadakan pada setiap rumah. Pengumpulan ini juga turut diisi dengan kalam–kalam taujihad daripada pelbagai pihak, antaranya dari...

AYUH! DAFTAR SEBAGAI JUNDI - Nukilan Siswa Siri 2

Imej
   Hijrah Rasulullah S.A.W  dari Mekah ke Madinah merupakan suatu peristiwa yang strategik. Rasulullah S.A.W menghadapi satu suasana yang amat kritikal dalam perjuangannya. Membebaskan manusia dari belenggu jahiliah bukanlah suatu perkara yang mudah. Baginda berusaha melenyapkan kebatilan yang sudah lama menjadi darah daging dalam jiwa-jiwa penduduk Mekah sehingga akhirnya si pejuang-pejuang jahiliah itu merasa tergugat dan mengambil keputusan untuk menghapuskan baginda S.A.W dari muka bumi.       Namun, Rasulullah S.A.W tidak goyah dengan ancaman tersebut bahkan daripada tekanan-tekanan itulah baginda S.A.W bertindak menyusun satu perancangan yang teliti sehingga akhirnya negara Islam pertama dapat dibuka dan dakwah Islam tersebar luas seperti nikmat Islam yang kita kecapi saat ini. Pengembaraan ini tidak dihadapi oleh baginda S.A.W sahaja, akan tetapi baginda telah dibantu oleh satu jemaah sahabat yang terdiri daripada kalangan dewasa...

VISI BERKEBAJIKAN : AKAUN BANK DIREALISASIKAN

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.             Bersyukur kita kepada Allah S.W.T dengan izin daripadaNya Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah berjaya mendapatkan akaun bank rasmi. Ini merupakan hasil daripada usaha pelbagai pihak pada sesi ini dan sesi sebelumnya bagi merealisasikan matlamat tersebut sejak sekian lamanya.      Allah S.W.T telah berfirman dalam Al-Quran bahawa dalam setiap kesusahan pasti akan wujudnya kemudahan. Selari dengan ayat ini, kita di peringkat BKASM telah berusaha daripada segenap aspek antaranya melalui pengkajian di beberapa buah bank yang berada di Malaysia dan juga penghantaran wakil untuk membuat perjumpaan bersama Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus bin Hairi bagi mendapatkan bantuan perundingan kemudahan bagi memudahkan pengurusan dengan pihak bank dan ternyata perkara itu membuahkan hasil yang positif.      Pihak kita berterima kasih kepa...

UCAPTAMA YANG DIPERTUA BKASM'16 - Melakar Sejarah Baru

Imej
17 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan program Ucaptama Yang Dipertua BKASM’16 bertempat di Sutuh Asrama Selangor, Hayyu Asyir. Kehadiran ahli sangat baik dan memenuhi setiap ruang yang disediakan baik ikhwah mahupun akhawat.      Antara objektif pelaksanaan program ni adalah bagi memperkenalkan barisan pimpinan dan pembawaan BKASM sesi 2016/2017 disamping membuka peluang kepada ahli untuk memberi pandangan. Hal ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli BKASM.      Program telah dimulakan dengan Majlis Pembukaan oleh Yang Dipertua BKASM sesi 2016/2017, Saudara Muhamad Nazif bin Shaari pada jam 7.00 malam. Majlis berjalan dengan baik dan diteruskan dengan pelancaran Unit Biah Solehah dibawah Lajnah Dakwah dan Tarbiah BKASM sesi 2016/2017.      Seterusnya program dirancakkan dengan perarakan masuk Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Selangor...

Bengkel Penulisan dan Senat Fakulti : Langkah Pertama Menjayakan Usul

Imej
12 dan 15 NOVEMBER 2016, KAHERAH - Lajnah Pendidikan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah mengadakan Bengkel Penulisan Bahasa Arab dan Senat Fakulti bertempat di Sutuh Asrama Selangor, Hayyu Asyir.          Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan tahap penguasaan ahli dalam Bahasa Arab dan membantu ahli dalam memahami pembelajaran yang berkesan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik.         Bengkel Penulisan Bahasa Arab telah dimulakan seusai solat fardhu Isyak sekitar jam 7.30 malam. Pengisian bengkel telah disampaikan oleh Ulfatun Nadzirah binti Tugiman Razaq bagi akhawat manakala bagi ikhwah pula adalah Aimi Akmal bin Zaini. Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua ahli dan berakhir pada 9.00 malam. Sebelum bengkel berakhir, setiap daripada pengisi diberikan cenderahati...

ISLAMLAH KESELURUHANNYA - Nukilan Siswa siri 1

Imej
Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ Islamlah kamu, nescaya kamu akan selamat”          Jika ditelusuri sirah, itu adalah isi surat yang ditulis oleh Nabi S.A.W yang dihantar kepada raja Rom ketika itu bernama Hercules. Rasulullah telah mengajak untuk beriman kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun. Pentingnya asas aqidah islam yang tulen menjadi teras keimanan kita supaya tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba meracuni pemikiran umat islam. “ Wahai orang-orang  beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhannya” (Al-Baqarah : 208)          Firman Allah S.W.T di atas jelas menunjukkan kepada kita agar mengamalkan cara hidup islam secara keseluruhannya bukan hanya ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang lain. Sepertimana yang kita ketahui, barat adalah pencetus  pemikiran sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama. Pemikiran ...

Futsal Santai : Mengukuh Kebersamaan

Imej
14 NOVEMBER 2016, KAHERAH – Lajnah Kesenian dan Sukan di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017 telah mengadakan Futsal Santai yang bertempat di gelanggang futsal El Wafa’ El Amal, Madinat Nasr, Kaherah. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mengeratkan ukhuwah dan kesatuan ahli melalui medium futsal yang dianjurkan ini. Progam ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada ahli tentang kepentingan menjaga kesihatan. Futsal Santai ini telah dimulakan dengan ketibaan dan pembahagian pelajar mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa yang bertugas. Seramai 100 orang ahli telah menyertai aktiviti sukan ini dan turut disertai oleh Tuan Haji Mohd. Yasser bin Abd Ghani selaku Atase Pendidikan Selangor Mesir dan Muhamad Nazif bin Shaari selaku Yang Dipertua Bkasm sesi 2016/2017. Seterusnya aktiviti sukan dimulakan pada jam 8.00 malam sehingga jam 10:30 malam . Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambuta...

[Kenyataan YDP BKAN : Kelas Tafaquh Berpusat Bakal Dilaksanakan]

Imej
Rabu, 2 Nov 2016 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan anak Malaysia di Mesir yang sentiasa menjaga kebajikan ahlinya dalam pelbagai aspek. Antaranya melalui mekanisme akademik, thaqafah, tarbiah , kemasyarakatan dan lain-lain. Bertarikh 30 Oktober 2016, satu perjumpaan bersama telah diadakan oleh Majlis Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bertempat Dewan Soleh Al-Masri Rumah Penang Hayyu Sabiek. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkaitan inisiatif peningkatan thaqafah mahasiswa dan mahasiswi di Mesir. Dalam perbincangan tersebut, seluruh YDP bersetuju untuk menubuhkan satu medium khas secara berpusat dalam menggerakkan kelas tafaqquh dengan lebih tersusun. Akhirnya, Majlis YDP bersetuju menamakan medium tersebut dengan nama Madrasah Al-Imam Abdullah Ibnul Mubarak.   Antara objektif penubuhan Madrasah ini adalah menambah thaqafah ahli dari sudut ilmu turathi dan ilmu muasarah. Selain itu juga, ia adalah medium kepada selu...