IFTAR MAHABBAH : MEDAN MERIBAT KEBERSAMAAN
IFTAR MAHABBAH : MEDAN
MERIBAT KEBERSAMAAN
21 OKTOBER
2016, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017 di
bawah kelolaan Lajnah Dakwah dan Tarbiah dengan kerjasama Lajnah Penempatan dan
Perumahan telah mengadakan program Iftar
Mahabbah bertempat di Asrama Rumah Selangor,Hayyu Asyir.
Bertetapan dengan tema BKASM
“Memurnikan Pemikiran Meribat Kersamaan” program ini dilaksanakan bagi
mengaplikasikan konsep ukhuwah sekaligus meribat kebersamaan antara ahli serta
mampu melatih ahli dalam menghidupkan sunah-sunah Rasulullah S.A.W. dalam
konteks yang pelbagai antaranya ziarah-menziarahi dan puasa sunat.
Program ini dimulakan dengan Iftar
Mahabbah dengan kehadiran ahli yang sangat memberangsangkan. Di samping itu,
sesi taaruf juga diadakan pada setiap rumah. Pengumpulan ini juga turut diisi
dengan kalam–kalam taujihad daripada pelbagai pihak,
antaranya daripada kalangan AJKT BKASM dan para graduan yang bakal pulang ke
tanah air. Program diteruskan lagi dengan Talkshow bersama graduan yang
bertajuk “Maan Nanjah” dibawah kelolaan Lajnah Pendidikan bermula pada jam 7.00
malam.
Harapan daripada pihak penganjur,kami
mengharapkan melalui program yang dijalankan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah
antara ahli asrama dan KORUS. Sepertimana yang dituntut oleh agama Islam itu
sendiri di mana Rasulullah S.A.W. sangat membenci golongan yang suka memutuskan
hubungan persaudaraan.
Sabda baginda
yang bermaksud :
“Orang mukmin
dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan,sebahagian menguatkan
sebahagian yang lain”.
"Memurnikan
Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan
oleh :
AINATUL
MARDHIAH BINTI JAMALUDDIN
Setiausaha
Unit
Biah Solehah
Lajnah Dakwah Dan Tarbiah
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan