ISLAMLAH KESELURUHANNYA - Nukilan Siswa siri 1
Baginda Nabi Muhammad S.A.W bersabda “ Islamlah kamu,
nescaya kamu akan selamat”
Jika
ditelusuri sirah, itu adalah isi surat yang ditulis oleh Nabi S.A.W yang
dihantar kepada raja Rom ketika itu bernama Hercules. Rasulullah telah mengajak
untuk beriman kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun.
Pentingnya asas aqidah islam yang tulen menjadi teras keimanan kita supaya
tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba meracuni pemikiran umat
islam.
“ Wahai orang-orang beriman, masuklah ke dalam islam secara
keseluruhannya” (Al-Baqarah : 208)
Firman Allah
S.W.T di atas jelas menunjukkan kepada kita agar mengamalkan cara hidup islam
secara keseluruhannya bukan hanya ambil sebahagian dan tolak sebahagian yang
lain. Sepertimana yang kita ketahui, barat adalah pencetus pemikiran sekular yang mengasingkan urusan
dunia dengan agama. Pemikiran ini jelas bertentangan dengan konsep islam yang
syumul. Tambahan pula, perkara ini menatijahkan huru-hara dan mafsadah yang
besar terhadap masyarakat sejagat seperti amalan rasuah, riba , judi berlaku
secara berleluasa.
Saidina Umar R.A berkata :
“ Kita(orang-orang islam) dimuliakan oleh Allah dengan
Islam. Jika kita mencari agama selain daripada islam sebagai kebanggaan dan
kekuatan, maka kita akan dijadikan umat yang hina oleh Allah S.W.T”.
Intipati yang
boleh diambil adalah Jika kita meninggalkan Islam maka kita akan lemah. Selain
itu, kita mestilah menjadikan Al-quran dan hadis sebagai penilai baik dan buruk
dalam kehidupan kita.
Metodologi Pemikiran
Islam :
-Meletakkan Al-quran dan As-Sunnah sebagai Pemandu akal.
-Akal diletakkan ditempat kedua selepas Al-Quran dan As-Sunnah.
-Apabila bertembung antara akal dan nas, maka nas
didahulukan berbanding akal.
Kesimpulannya,
kita seharusnya yakin dan percaya bahawa islam adalah cara hidup yang cukup sempurna. Pengaplikasian yang berkesan
mampu mensejahterakan kita dunia dan akhirat.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan Oleh :
Muhammad Nazim bin Mohd Sahaimi
Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan
BKASM sesi 2016/2017
Ulasan
Catat Ulasan