AYUH! DAFTAR SEBAGAI JUNDI - Nukilan Siswa Siri 2
Hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah merupakan suatu
peristiwa yang strategik. Rasulullah S.A.W menghadapi satu suasana yang amat
kritikal dalam perjuangannya. Membebaskan manusia dari belenggu jahiliah
bukanlah suatu perkara yang mudah. Baginda berusaha melenyapkan kebatilan yang
sudah lama menjadi darah daging dalam jiwa-jiwa penduduk Mekah sehingga
akhirnya si pejuang-pejuang jahiliah itu merasa tergugat dan mengambil
keputusan untuk menghapuskan baginda S.A.W dari muka bumi.
Namun, Rasulullah S.A.W tidak goyah
dengan ancaman tersebut bahkan daripada tekanan-tekanan itulah baginda S.A.W
bertindak menyusun satu perancangan yang teliti sehingga akhirnya negara Islam
pertama dapat dibuka dan dakwah Islam tersebar luas seperti nikmat Islam yang
kita kecapi saat ini. Pengembaraan ini tidak dihadapi oleh baginda S.A.W
sahaja, akan tetapi baginda telah dibantu oleh satu jemaah sahabat yang terdiri
daripada kalangan dewasa, pemuda, kanak-kanak mahupun wanita. Maka benarlah
perjuangan Islam ini, ia tidak sempurna melainkan dengan adanya jemaah yang
mempunyai hadaf yang sama.
“Tiada Islam tanpa
jemaah!” (Saidina Umar Al Khattab)
Satu jemaah yang kukuh dapat kita bina
melalui keikhlasan dan keghairahan para jundi dalam menyumbangkan apa jua
bentuk bantuan mengikut apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada
mereka. Dalam hal ini, kita boleh lihat watak-watak hebat yang telah menawarkan
diri mereka ketika peristiwa hijrah dan mereka juga telah mengadakan 'jual
beli' dengan Allah S.W.T, antaranya :
WATAK
|
SIFAT
|
PERISTIWA
|
1. Saidina Ali Abi Talib
|
Keimanan yang kuat dan berani
|
Menggantikan tempat tidur Rasulullah
S.A.W
|
2. Saidina Abu Bakar
|
Sahabat yang setia
|
Menemani Rasulullah S.A.W sepanjang
hijrah baginda ke Madinah
|
3. Saidatina Asma’ Abu Bakar
|
Pengorbanan
|
Menyediakan bekalan kepada Rasulullah
S.A.W dalam perjalanan
|
4. Abdullah bin Abu Bakar
|
Strategik dan bijaksana
|
Memantau perkembangan di Mekah dan
mengkhabarkannya kepada Rasulullah S.A.W ketika baginda di Gua Thur
|
5. Amir bin Fuhairah
|
Menjaga keselamatan
|
Menghapus jejak kaki Abdullah daripada
dikesan pihak Quraisy menggunakan kambingnya
|
Firman Allah
S.W.T yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan
kamu dari seksaan azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih
baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Surah As-Saf : ayat 10-11)
Akhir kata,
fikirkanlah! Adakah sehingga ke detik ini kita sudah sedaya upaya memposisikan
diri kita sebagai salah seorang watak mujahid yang membawa dan mempertahankan
Islam? Jika belum, maka bertindaklah! Walau sekecil mana sumbangan itu,
yakinlah, ia pasti besar nilaiannya di sisi Allah S.W.T jika benar hati yang
bekerja itu tulus keranaNya. Semoga Rasulullah S.A.W bangga dengan kita sebagai
umatnya.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan Oleh :
A'isyah binti Wahidan
A'isyah binti Wahidan
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan
BKASM sesi 2016/2017
Ulasan
Catat Ulasan