BERWASPADA DENGAN FITNAH MAYA Nukilan Siswa siri 7

Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan. Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku. Jika semua maklumat di hujung jari, maka ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat naik di paparan media sosial tanpa diketahui sumber dan tahap kesahihannya. Menurut Dr. Muhamad Faisal , Anonymity (tidak diketahui identiti) dan Instantaneous (kesegeraan) adalah antara ciri terpenting kepada media baharu dan dunia maya. Jelaslah bahawa dua ciri ini mengakibatkan penyebaran khabar angin tanpa tapisan dalam dunia maya. ...