SUNNAH WAJIB YANG SEMAKIN DILUPAI Nukilan Siswa siri 4
“Maka demi TuhanMu, mereka
tidak beriman sbelum mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim dalam
perkara yang mereka perselisihkan,(sehingga) kemudian tidak ada rasa keberatan
dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau berikan dan mereka menerima
dengan sepenuhnya”.(Surah An-Nisa : ayat 65)
Tarbiah Islamiah
adalah satu aspek yang membina dan mendidik manusia agar berhukum dengan
syariat Allah dalam segala perilaku perbuatannya dengan penuh kepasrahan bahkan
tidak ada rasa sempit atau rasa keberatan dalam hati orang mukmin itu.
Apabila
disebutkan tentang menegakkan hukum Allah S.W.T perlu difahami bahawa tarbiah
dan dakwah ini perlu bergerak secara seiring malah konsisten. Sebagai contoh,
walaupun Nabi Muhammad S.A.W berdakwah secara rasminya pada usia 40 tahun,
tetapi baginda sudah menyediakan model dakwah sebelum daripada itu lagi. Salah
satunya yang telah disusun oleh Allah S.W.T adalah sifat amanah dan mulia
akhlaknya sehingga bagindar digelar Al-Amin. Rasulullah S.A.W juga mendapat
tarbiah daripada Allah S.W.T melalui Malaikat Jibril A.S sehinggalah baginda
wafat. Inilah yang seharusnya kita ambil sebagai umat Nabi Muhammad jadikan
sebagai pedoman.
Oleh yang
demikian, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyebarkan
dakwah Islam kerana semua manusia diciptakan di atas muka bumi ini telah
memegang amanah sebagai seorang khalifah .Selain itu, lapangan dakwah dan
tarbiah adalah perkara terpenting yang
memerlukan lebih banyak persediaan dan bekalan kerana perjalanan perjuangan
dakwah bukan mudah malah jauh dan sukar seperti yang telah dinyatakan dalam
Al-Quran
“Sekiranya (yang kamu serukan
kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak
seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa
amat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah “ Jikalau kami
sanggup nescaya kami akan berangkat bersamamu. Mereka membinasakan diri mereka
dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta”. (Surah
At-Taubah : ayat 42)
Begitu juga
dengan segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiah yang tidak
diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu penuh
dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum berbanding penyeru
kearah kebenaran. Walaupun ilmu menggunung setinggi langit, tetapi tarbiah yang
telah diserapkan tidak menyentuh jiwa maka perlulah kita kembali kepada Allah S.W.T.
Sebagai manusia
kita hidup di muka bumi Allah ini hanyalah sebagai penumpang dan semua yang
kita miliki hanyalah pinjaman sementara yang Allah berikan. Maka gunakanlah
sebaik-baiknya nikmat yang Allah kurniakan supaya kita semua tergolong dalam
golongan orang yang bersyukur.
Siiru ala barakatillah
Wallahualam
“Memurnikan Pemikiran Meribat
Kebersamaan”
Disediakan oleh :
Siti Rahmah binti Ismail
Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
Siti Rahmah binti Ismail
Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Tarbiah
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
BersatuBerbakti
#BersamaBersatu
BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan