BERWASPADA DENGAN FITNAH MAYA Nukilan Siswa siri 7
Fenomena ‘Dunia di Hujung Jari’ ini
menatijahkan masyarakat hari ini memperoleh maklumat yang luas tanpa batasan
dengan kemudahan pelbagai aplikasi sosial yang tersedia dalam
teknologi-teknologi pintar masing-masing. Jika dilihat daripada suatu sudut, ia
merupakan satu perkembangan yang positif di mana Internet ataupun media sosial
khususnya, kian menjadi medium maklumat terkini dan sumber ilmu pengetahuan.
Namun malangnya, perkara sebaliknya yang berlaku.
Jika semua maklumat di hujung jari, maka
ia mudah disebarkan tanpa henti. Lambakan isu dan khabar angin kerap dimuat
naik di paparan media sosial tanpa diketahui sumber dan tahap kesahihannya. Menurut
Dr. Muhamad Faisal, Anonymity (tidak diketahui identiti) dan Instantaneous
(kesegeraan) adalah antara ciri terpenting kepada media baharu dan dunia
maya. Jelaslah bahawa dua ciri ini mengakibatkan penyebaran khabar angin tanpa
tapisan dalam dunia maya.
Ciri Anonymity ini dapat dilihat
apabila individu yang menyebarkan khabar angina akan melepaskan dirinya dan
meninggalkan kesan buruk yang bakal berlaku terhadap dunia luar daripada
perbuatannya itu kerana mereka merasakan identitinya tidak diketahui umum dan
dia berasa dirinya dalam keadaan yang selamat. Selain itu, Sesuatu isu juga
mudah tersebar kerana terhasil daripada sikap tergesa-gesa dan tanpa berfikir
panjang serta mahu berlumba menjadi orang yang paling awal megetahui sesuatu
isu.
Junjungan Rasulullah S.A.W telah memberi
peringatan kepada umatnya :
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Maksudnya :
Seseorang itu boleh dianggap berdusta apabila menyebarkan setiap berita yang
dia dengari. (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, bagaimanakah seharusnya
seorang muslim berperanan dalam menangani fitnah maya yang semakin berleluasa
ini? Antara usaha yang boleh dilakukan
adalah:
1- Meneliti
kesahihan sesuatu berita yang sampai kepada kita dan mendapatkan penjelasan
lanjut mengenainya terlebih dahulu sebagaimana saranan Allah S.WT yang
termaktub dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6.
2-
Mengurangkan pergerakan maklumat bagi mengurangkan spekulasi dan persepsi yang
hanya mengeruhkan lagi keadaan, sejajar dengan mafhum sepotong hadis Rasulullah
S.A.W yang menyebut di mana apabila berlaku suatu fitnah, orang yang duduk
(diam) itu lebih baik daripada orang yang berdiri.
Akhir kalam, setiap sebaran maklumat
perlulah ditapis dengan pertimbangan akal dan iman. Fikirkan kesan sebelum
butang ‘Kongsi’ ditekan.
“Memurnikan
Pemikiran Meribat Kebersamaan”
Disediakan
oleh:
Siti Hawa
binti Mohamad Maarof
Timbalan
Ketua Lajnah Sambutan dan Rehlah
BKASM sesi
2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan