BAGAI BULAN DIPAGAR BINTANG : PENYELESAIAN YANG DICARI

28 JANUARI 2017, KAHERAH –Lajnah Kebajikan, HISBAH, dan Unit Bait Muslim di bawah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM) sesi 2016/2017 telah berkerjasama bagi mengadakan program ‘Bagai Bulan Dipagar Bintang’ bertempat di Musolla dan Lobi Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ahli tentang kepentingan menjaga hubungan antara ikhwah dan akhawat. Program ini juga bertujuan untuk memberi pengenalan tentang musyrif dan penerangan tentang kepentingan menggunakannya. Program telah dimulakan dengan slot yang pertama iaitu ‘Your Heart vs Yourself’ sekitar jam 6.30 petang. Slot ini disampaikan oleh saudara Muhammad Ezzani bin Ismail, selaku Ketua Unit Bait Muslim. Slot tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik oleh semua ahli. ...