DASAR YANG TERSASAR Nukilan Siswa siri 9
Kehidupan yang pelbagai (diversity) jenis manusia menyebabkan
manusia dalam keadaan celaru terkapai-kapai mencari makna kebenaran yang
hakiki. Sehingga muncul pelbagai firqah dari
sudut cara berfikir sama ada yang bercanggah dengan Islam atau tidak. Pemikiran
yang mengatakan, “there is no absolute
truth” sebagai contoh menatijahkan
supaya pandangan setiap individu perlu diterima walaupun ada yang bercanggah
dengan nilai kemanusiaan. Puncanya apabila sumber yang digunakan hanya mengikut
akal dan hawa nafsu semata-mata.
Kesatuan
dari sudut petunjuk perlu ada dalam menyatukan manusia ke arah yang lebih baik.
Allah dengan rahmatNya telah mengutus para rasul membawa risalah yang
menerangkan perkara hak dan batil. Melihat kepada sejarah, Islam membuktikan
membawa rahmat kepada manusia tatkala manusia menghadapi zaman yang tidak
bertamadun; perbezaan taraf warna kulit dan bangsa, maksiat, dan pembunuhan
anak
“Dan tiadalah
Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”
(AlAnbiya’:107)
"Dan Kami turunkan kepadamu kitab (Al-Qur'an) untuk
menjelaskan segala sesuatu". (An-Nahl : 89)
Islam bukan sahaja menjadi rahmat kepada seluruh alam
tetapi menerangkan segala sesuatu yang menjadi panduan (guideline) hidup. Menurut Ibnu Mas`ud berdasarkan ayat dalam Surah An-Nahl di atas menunjukkan semua
ilmu, sama ada berkaitan dunia, agama, kehidupan dan akhirat. Sekiranya kita
menerima Islam dengan sebenar-benarnya, maka janji Nabi Muhammad S.A.W kita
akan selamat di dunia dan akhirat.
”Masuk Islam, niscaya engkau akan selamat” (HR
Ibnu Majah 1/95)
Disebut juga ahli ilmu mutaakhir
iaitu Islam sebagai penyelesaian bagi kehidupan (الإسلام هو الحل). Tidak dinafikan akan ada
sentiasa cubaan dan dugaan yang akan menampakkan Islam ini bukan satunya
penyelesaian sedangkan pengiktirafan daripada Allah bahawa agama yang diterima
hanyalah Islam. Ingatlah kepada satu hadis Nabi Muhammad S.A.W:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
“Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan
sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduaya, iaitu : Kitab Allah dan
sunnah RasulNya”. [HR.
Malik]
Jadilah
kita sebagai yang disabdakan Rasulullah S.A.W:
Akan sentiasa ada satu kumpulan dari
kalangan umatku yang terus berjuang di atas kebenaran, mereka zahir sehingga
hari kiamat. Maka akan turun Nabi Isa dan ketika itu pemimpin kumpulan itu
berkata, “Silalah menjadi imam solat kami”. Nabi Isa menjawab, “Tidak, bahkan
sebahagian kamu menjadi pemimpin sebahagian kamu, sebagai memuliakan umat ini”.
[HR Muslim]
Disediakan oleh :
Aiman Fitry bin Zulkifli
Timbalan Yang Dipertua 1
BKASM sesi 2016/2017
Aiman Fitry bin Zulkifli
Timbalan Yang Dipertua 1
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan