HARI LPP : PEMANGKIN DAKWAH KREATIF
24
JANUARI 2017, KAHERAH – Lajnah Penerbitan dan Penerangan Badan Kebajikan Anak
Selangor Mesir (BKASM) sesi 2016/2017
telah mengadakan program Hari LPP KELAS Adobe Photoshop dan Sony Vegas Pro yang
bertempat di Musolla Asrama Rumah Selangor, Hayyu Asyir, Kaherah.
Program Hari LPP ini bertujuan
memberi pengenalan dan pendedahan tentang kemahiran mengenai Adobe Photoshop
dan Sony Vegas Pro kepada ahli BKASM. Program ini juga bertujuan untuk
melahirkan generasi pelapis yang berkemahiran dalam menghasilkan iklan dan
video yang menarik dan berkualiti.
Program ini berjalan selama dua hari
iaitu pada 24 dan 26 Januari 2017 bermula pada pukul 7.00 malam sehingga 10.30
malam. Program ini menampilkan dua orang tenaga pengajar iaitu saudara Mohammad
Asyraff bin Razali sebagai tenaga pengajar Kelas Adobe Photoshop dan saudara
Faidhi Syazmir bin Jamaluddin sebagai tenaga pengajar Kelas Sony Vegas Pro.
Para peserta juga dibantu oleh mentor-mentor yang berpengalaman bagi memudahkan
pemahaman mereka dalam mempelajari teknik-teknik menghasilkan iklan dan video.
Program ini disertai seramai 56 orang peserta termasuk beberapa peserta dari
negeri Johor.
Pihak BKASM amat mengharapkan agar
program ini dapat mengasah bakat kreativiti ahli dan melahirkan lebih ramai
lagi ahli-ahli BKASM yang berkebolehan dalam menghasilkan iklan dan video yang menarik
dan berkualiti serta bermanfaat kepada Islam seterusnya melatih ahli-ahli BKASM
menjadi pendakwah yang kreatif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
“
Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”
Disediakan
oleh :
Setiausaha
dan Promosi
Hari
LPP 1.0
BKASM
sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan