[ DAIE TRANSFORMASI UMMAH ]
Antara objektif pelaksanaan program adalah bagi memastikan para peserta mampu untuk memposisikan diri dalam medan amal, seterusnya melahirkan para duat yang cakna dengan keadaan sekeliling serta menerangkan tentang keadaan sebenar realiti semasa dan realiti ummah masa kini. Hal ini bertepatan dengan tema Kelab Daie iaitu "Daie Transformasi Ummah".
Kelab Daie Siri 2 telah diadakan di Musolla Darul Ehsan, Hayyu Asyir. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang diadakan antaranya, "Plan It Well" yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM, saudari Aisyah binti Mhd Shukeri. Setelah itu, diteruskan dengan slot ke-2, iaitu "Pengucapan Awam" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Hasbullah bin Suhaimi, Mantan Setiausaha Agung BKMIP sesi 2013/2014.
Dan slot terakhir adalah slot "Etiket Sosial & Protokol" yang disampaikan oleh saudara Muhammad Faez Ehsan bin Mohd Supian, penuntut tahun akhir Master jurusan Bahasa Arab, di American Open University. Setiap slot ini telah dilakukan secara praktikal yang dipimpin oleh 15 orang profesor dan dibimbing bersama barisan AJKT BKASM sesi 2016/2017 dalam kalangan ikhwah dan akhawat.
Harapan daripada pihak penganjur agar semua peserta dapat mengambil manfaat daripada pengisian yang disampaikan, seterusnya dapat melahirkan pelapis yang berkebolehan dalam pelbagai sudut.
"Daie Transformasi Ummah"
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Setiausaha,
Kelab Daie,
Dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA),
BKASM sesi 2016/2017.
#KitaPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan