[ GENERASI HARAPAN ASET KESATUAN ]
10 April 2017, Kaherah - Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB ’17) dan Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir, telah menyambut ketibaan mahasiswa dan mahasiswi baru di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir.
Rombongan pertama kedatangan mahasiswa/wi baru turut diiringi oleh Pengerusi ILMAM Selangor, Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal. Turut sama mengiringi saudara Abdul Hadi bin Hidzan, Pengarah ILMAM Selangor. Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 66 orang yang terdiri daripada 35 mahasiswa dan 31 mahasiswi di bawah ILMAM Selangor.
Manakala rombongon kedua tiba pada 13 April yang diiringi Pegawai Lembaga Zakat Selangor . Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 8 orang yang terdiri daripada 6 mahasiswa dan 2 mahasiswi di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Para pelajar terus dibawa ke Asrama Darul Ehsan untuk urusan pendaftaran dan penempatan di bawah pengurusan BKASM dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir. Aktiviti diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh saudara Aiman Fitry bin Zulkifli, Timbalan Yang Dipertua I BKASM sesi 2016/2017 dan saudara Muhammad Faiz bin Othman, Ketua Lajnah Pendidikan BKASM sesi 2016/2017.
Pihak BKASM mendoakan agar para mahasiswa dan mahasiswi baru sesi 2017/2018 dapat terus istiqamah dalam menuntut ilmu di perlembahan nil ini.
Disediakan oleh:
Setiausaha Kerja USMB’17
Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir
(BKASM) sesi 2016/2017
“Generasi Harapan Aset Kesatuan”
"Menurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan”
#KITAPMRAM
#USMB’17
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan