MEMBUMIKAN JATI DIRI ISLAM DALAM JIWA Nukilan Siswa Siri 24
Petikan daripada ayat 4 Surah al-Mumtahanah ini menegaskan kepada kita bahawasanya sesuatu yang bercanggah dengan apa yang ditetapkan oleh Allah adalah tertolak. Maka tidak hairanlah Allah menegaskan kepada kita dengan ketetapan pada kalamNya dalam surah al-Baqarah ayat 138, yang bermaksud:
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat."
Kesempurnaan Islam seharusnya menjadikan setiap penganutnya mempraktikkan apa yang diperintahkan dengan penuh keimanan dan keyakinan. Setiap apa yang dilakukan bebas daripada sebarang pemikiran dan pengaruh luar. Segala yang diputuskan tidak lain dan tidak bukan, hanyalah bermatlamatkan Allah. Sama sekali bukan kerana dunia dan perhiasannya.
Namun, ianya tidak semudah itu. Pemuda yang senantiasa terdedah dengan pelbagai bentuk pemikiran songsang perlu bijak menilai. Panduan dan sandaran kita perlu jelas, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Penerimaan pendapat luar yang dirasakan seakan logik sepatutnya dibataskan. Dahulukan ketetapan Islam jangan pernah sekali-kali memberi ruang kepada akal memberikan pandangan pada bukan tempatnya.
Sejarah menukilkan, Nabi S.A.W pernah melarang Umar al-Khattab r.a yang ingin beramal dengan kitab Taurat pada bahagian yang dikaguminya. Nabi melarangnya kerana dibimbangi yang benar dirasakan salah dan yang salah dirasakan benar, oleh kerana tidak ramai yang tahu manakah bahagian kitab Taurat yang asli dan manakah bahagian yang diselewengkan.
Sebagai seorang pemuda yang yakin dengan masa hadapan adalah milik Islam, perlu tegas dengan prinsip yang telah ditetapkan. Agar perjalanan kita dipandu, dan pengakhiran kita tetap berada dilandasan yang diredai Ilahi.
"Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan"
Disediakan oleh:
Saaddah binti Abdul Rahim
Timbalan ketua Lajnah Pendidikan
BKASM sesi 2016/2017
#KITAPMRAM
#BersamaBersatu
#BersatuBerbakti
Ulasan
Catat Ulasan